awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Organisasi bantuan beri amaran lebih banyak 'kematian beramai-ramai' di Sudan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah Rayuan tolak pengharaman buku Zunar

Astro Awani
Astro Awani
09/10/2014
08:37 MYT
Mahkamah Rayuan tolak pengharaman buku Zunar
Mahkamah Rayuan tolak pengharaman buku Zunar
Mahkamah Rayuan hari ini menolak keputusan kerajaan mengharamkan komik '1Funny Malaysia' dan 'Perak Darul Kartun' yang dihasilkan kartunis Zulkiflee SM Anwar Ulhaque atau Zunar, lapor Malaysiakini.
Keputusan yang dibuat sebulat suara oleh Hakim Muhammad Ariff Yusof, Tengku Maimun dan Varghese Varughese sekaligus memberi kemenangan kepada Zunar.
Dalam satu kenyataan ringkas, Zunar dilaporkan berkata, beliau bersyukur dan berpuas hati dengan keputusan yang dibuat Mahkamah Rayuan.
“Ia memberi semangat baru kepada saya untuk meneruskan agenda berjuang melalui kartun,” Zunar dipetik sebagai berkata oleh Malaysiakini.
Zunar kini berada di San Francisco bagi menghadiri program "To Fight Through Cartoon" yang menjelajah AS selama sebulan bermula 15 September.
Karya beliau bertajuk "Pirate of the Carry-BN" baru-baru ini diterima di perpustakaan terbesar di dunia, Library of Congress di Washington, yang juga berfungsi sebagai pusat rujukan rasmi Kongres Amerika Syarikat.
Zunar pernah ditahan di bawah Akta Hasutan kerana hasil karya beliau yang mengkritik pemimpin kerajaan, dan tujuh judul oleh beliau diharamkan kerajaan.
Beliau juga penerima anugerah "Keberanian Dalam Melukis Kartun Editorial 2011" oleh Rangkaian Hak Asasi Kartunis, Washington.
Topic Berkaitan
#1Funny Malaysia
#kartun
#Perak Darul Kartun
#ZUNAR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan