Penceramah pada "Majlis Bersama Timbalan Presiden UMNO' semalam telah mengetengahkan isu-isu lama yang sama dan telah dibangkitkan sejak setahun lepas, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Beliau berkata sebenarnya tiada apa yang baharu apabila penceramah-penceramah hanya memperkatakan tentang perkara yang telahpun mereka perkatakan banyak kali.
"Sebagai contoh, SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) yang ditugaskan menyiasat derma RM2.6 bilion, telah mengeluarkan kenyataannya hari ini, dan kenyataan berkaitan 1MDB (1Malaysia Development Berhad) juga telah dikeluarkan lebih daripada sekali," katanya menerusi catatan terbaru dalam blog beliau http://sskeruak.blogspot.com/ malam tadi.
"Yang jelas mereka tidak begitu berminat dengan jawapan-jawapannya sungguhpun mereka menyatakan mereka mahukan jawapan. Tetapi apabila jawapan-jawapan diberikan, mereka tidak mengendahkan jawapan-jawapan itu dan berterusan bertanyakan soalan sama berulang-ulang kali," katanya.
Dalam blog itu, Salleh turut mengulas cadangan dibuat bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada majlis itu supaya Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) digunakan ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Untuk mencadangkan Sosma digunakan ke atas Najib merupakan perbuatan menyalahgunakan undang-undang antikeganasan itu. Dalam cara apakah 1MDB atau RM2.6 bilion merupakan perbuatan keganasan?" soal Salleh.
"Mula-mula mereka melaungkan ia adalah rasuah. Kini mereka mendakwa ia adalah keganasan. Mereka tidak lagi konsisten dalam kenyataan mereka," katanya.
"Apa yang mereka mahu sebenarnya, seperti yang mereka akui malam ini, supaya Perdana Menteri Najib Tun Razak berundur. Inilah perkara yang sebenarnya. Malah mereka mencadangkan supaya beliau bercuti dan kembali semula sebagai Perdana Menteri apabila beliau didapati bersih daripada dakwaan itu, yang jelas sekali langsung tidak praktikal," katanya.
Malam tadi, Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadiri "Majlis Bersama Timbalan Presiden UMNO", yang turut dihadiri Dr Mahathir dan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, di Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru, di sini.
Dalam ucapannya pada majlis itu, bekas Timbalan Perdana Menteri itu menyentuh pelbagai isu semasa termasuk tentang syarikat 1MDB, kedudukan ekonomi negara, hal ehwal UMNO dan Perhimpunan Agung UMNO.
Bernama
Tue Dec 08 2015
SALLEH: Dalam cara apakah 1MDB atau RM2.6 bilion merupakan perbuatan keganasan? -Gambar fail
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza
Majlis Liga Arab gesa Majlis Keselamatan menerima pakai resolusi, di bawah Bab VII Piagam PBB memaksa Israel untuk gencatan senjata di Gaza.
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
Warga emas dibaling sambal tumis sebelum disamun
Mangsa cuba menahan kesakitan yang dialami dan disebabkan hentakan itu dia mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
[TERKINI] Tun Mahathir antara individu disiasat isu pengisytiharan harta - SPRM
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.
10 wira negara korban helikopter terhempas selamat bersemadi
Proses pengebumian dijalankan selepas semua jenazah selesai menjalani proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pada jam 2.20 petang pada Rabu.
Tidak penting untuk tanya jika Najib arah AS$700 juta dipindah kepada syarikat Jho Low - Saksi
Saksi itu berkata demikian ketika disoal oleh peguam Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin berhubung transaksi yang dilakukan pada September 2009.
1MDB: Mahkamah akan tentukan sama ada pendakwaan berjaya buktikan kes - Hakim
Muhammad Shafee berhujah bahawa pertuduhan terhadap anak guamnya adalah salah serta bertindih.
1MDB: SPRM ke Riyadh untuk sahkan surat derma RM2.6 bilion - Saksi
Penguasa Kanan SPRM Nur Aida Arifin berkata pihaknya telah pergi ke Istana Riyadh pada 2015 bagi mengadakan pertemuan dengan dua putera Arab Saudi.
1MDB: Najib tak dedah mengenai pertemuan dengan Raja Arab Saudi ketika siasatan - Saksi
Najib tidak memaklumkan kepada SPRM mengenai pertemuan delegasi Malaysia bersama Raja Arab Saudi, Almarhum Raja Abdullah Abdul Aziz Al-Saud.
1MDB: Muhammad Shafee ditegur hakim kerana bersikap 'keterlaluan'
Ketua peguam bela yang mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak ditegur apabila dilihat menyerang kredibiliti pengawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika perbicaraan.
Mahkamah tolak permohonan 1MDB untuk pindah kes saman AS$6.5 bilion
Pesuruhjaya Kehakiman turut mengarahkan 1MDB membayar kos RM4,000 masing-masing kepada Arul Kanda dan Mohd Irwan.
Mahkamah Rayuan tetapkan 20 Ogos untuk dengar rayuan Najib gugurkan hakim
Tarikh itu ditetapkan hari ini susulan pengurusan kes di hadapan penolong kanan pendaftar Mahkamah Rayuan Nurul Azrina Mohamed Yusof.
Disekat dari ke luar negara, tetapi tidak ditahan - Bekas Pengarah SRC
Shahrol memberitahu beliau tidak ditahan pihak berkuasa berkaitan urus niaga syarikat itu, namun disekat daripada ke luar negara.
Tiada perjanjian dengan pendakwaan untuk beri keterangan terhadap Najib - Jasmine Loo
Bekas peguam 1MDB sekali lagi menegaskan bahawa beliau tidak membuat sebarang perjanjian dengan pihak pendakwaan untuk memberi keterangan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perbicaraan kes 1MDB terpaksa ditangguh selepas Najib disahkan alami cirit-birit
Dr Mohd Hafiz berkata ubat-ubatan yang diberikan mungkin menyebabkan rasa mengantuk dan Najib perlu berehat sekurang-kurangnya dua hari.