Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Majlis Presiden PH dijangka putuskan tarikh peralihan kuasa?

Majlis Presiden PH dijangka putuskan tarikh peralihan kuasa?
Mesyuarat yang dihadiri pimpinan dari empat parti utama PH itu akan diadakan selama dua jam sebelum ia diteruskan dengan satu sidang media pada pukul 10.30 malam. - Gambar STRO AWANI / SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) dijangka mengadakan pertemuan pada Jumaat selepas kali terakhir bermesyuarat pada November tahun lalu.

Mesyuarat yang dihadiri pimpinan dari empat parti utama PH itu akan diadakan selama dua jam sebelum ia diteruskan dengan satu sidang media pada pukul 10.30 malam.

Pada mesyuarat tersebut, tumpuan dijangka terarah kepada keputusan untuk memuktamadkan tarikh peralihan kuasa Perdana Menteri kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah, mesyuarakat terbabit dijangka menyentuh mengenai jawatan Timbalan Perdana Menteri selepas proses peralihan kuasa berlaku, selain membabitkan isu ekonomi.
Terdahulu, Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan beliau akan meletakkan jawatan selepas Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) pada hujung tahun ini.

Isu peralihan bertiup kencang selepas timbul dakwaan bahawa sekumpulan ahli parlimen pembangkang dan PH berpakat menandatangani Akuan Berkanun (SD) untuk menyokong Dr Mahathir dikekalkan sebagai perdana menteri.
BACA: Kalau Majlis Presiden PH nak saya pergi, saya akan pergi - Dr Mahathir

BACA: Peralihan kuasa: Majlis Presiden PH punyai 'wisdom' - Saifuddin Nasution

Malah, Pas sebelum ini dilaporkan menyatakan pendirian menyokong kepimpinan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri sehingga akhir penggal menerusi usul undi percaya pada sidang Dewan Rakyat bulan depan.



Tag: Mahathir Mohamad, Anwar Ibrahim, Pakatan Harapan, PKR, Dewan Rakyat, Media, apec, Timbalan Perdana Menteri, Malaysia Baharu, Peralihan kuasa



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.