awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

#MalaysiaMemilih: Dr Hatta letak jawatan Pengerusi Amanah Wilayah Persekutuan?

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
07/01/2018
11:48 MYT
#MalaysiaMemilih: Dr Hatta letak jawatan Pengerusi Amanah Wilayah Persekutuan?
Dr Hatta merupakan Pengarah Pilihanraya Amanah Nasional - Gambar Fail
Pengarah Pilihanraya Parti Amanah Negara (Amanah), Dr Hatta Ramli didakwa bertindak meletak jawatan sebagai Pengerusi Amanah Wilayah Persekutuan selepas partinya tidak diberikan kerusi parlimen Titiwangsa.
Sumber dalaman Amanah Wilayah Persekutuan memberitahu Dr Hatta bertindak melepaskan jawatannya ketika rundingan akhir pembahagian kerusi antara parti dalam Pakatan Harapan sedang berlangsung pada Sabtu.
Namun, difahamkan Dr Hatta akan diberikan kerusi yang lebih selamat berbanding Titiwangsa yang dikatakan sukar untuk ditawan kerana pengundi di kawasan tersebut menerima baik khidmat penyandang sedia ada, Datuk Johari Abdul Ghani yang juga Menteri Kewangan II.
"Dr Hatta kecewa sebab dia sasar kerusi Titiwangsa dan sudah buat kerja di kawasan itu sudah lama.
"Tapi difahamkan Amanah akan beri dia bertanding di kawasan yang lebih berpotensi untuk menang," kata sumber tersebut kepada Astro AWANI.
Dr Hatta merupakan bekas Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang tewas pada pemilihan parti itu pada 2015.
Ahli Parlimen Kuala Krai itu bersama dengan pimpinan lain yang disingkirkan bertindak menubuhkan Amanah.
Kerusi parlimen Kuala Krai dimenangi ketika masih bersama Pas pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Pada PRU14 nanti, Amanah diberikan tanggungjawab untuk bertanding di 27 kerusi parlimen.
Pakatan Harapan menyasarkan untuk bertanding di 165 kerusi parlimen pada PRU14 nanti dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bertanding 52 kerusi, PKR (51) dan DAP (35).
Topic Berkaitan
#Amanah
#Barisan Nasional
#DAP
#Dr Hatta Ramli
#Kuala Krai
#Malaysia
#Pakatan Harapan
#Parti Amanah Negara
#PAS
#PKR
#PPBM
#PRU14
#Titiwangsa
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan