awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

#MalaysiaMemilih: "Kalau lama sangat jadi Perdana Menteri, nanti korup" - Tun M

Firdaus Azil
Firdaus Azil
23/01/2018
06:59 MYT
#MalaysiaMemilih: "Kalau lama sangat jadi Perdana Menteri, nanti korup" - Tun M
"Tetapi saya tidak tahulah kalau anda anggap saya korup" kata Dr Mahathir merujuk kepada tempoh 22 tahun beliau sebagai PM - Astro AWANI / Shahir Omar
Pakatan Harapan mempunyai idea menyeluruh untuk mengubah polisi kerajaan sedia ada, antaranya memastikan tempoh maksimum jawatan perdana menteri dihadkan kepada dua penggal sahaja.
Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata sekiranya seseorang itu memegang tampuk pemerintahan terlalu lama, dikhuatiri ia akan mengakibatkan individu berkenaan menjadi korup dan mudah salah guna kuasa.
“Kita mesti kembali kepada "separation of powers" (pemisahan kuasa antara badan legislatif, eksekutif dan kehakiman). Tapi di masa yang sama, kita tidak mahu perdana menteri pegang jawatan terlalu lama, kerana jika anda berada di satu tempat terlalu lama, anda akan menjadi korup," kata calon Perdana Menteri pilihan Pakatan harapan tersebut.
“Tetapi saya tidak tahulah kalau anda anggap saya korup sebab saya telah melalui empat, lima pilihan raya umum,” katanya merujuk kepada tempoh beliau menjadi perdana menteri selama 22 tahun (1981-2003).
Beliau berkata demikian kepada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya, sewaktu menerangkan manifesto yang bakal Pakatan Harapan laksanakan seandainya mereka menerima mandat rakyat sewaktu pilihan raya umum yang akan datang.
Dr Mahathir turut berkata, dua penggal merupakan tempoh yang ideal untuk seseorang perdana menteri melaksanakan polisi bagi menjamin kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.
Katanya lagi, sekiranya jawatan itu dihadkan kepada satu penggal sahaja, dikhuatiri perdana menteri seterusnya tidak akan meneruskan mana-mana polisi yang telah dirangka oleh pentadbiran sebelumnya, sedangkan ia dilihat mempunyai kesan positif kepada rakyat dan negara.
Topic Berkaitan
#kerajaan
#korup
#Manifesto
#Pakatan Harapan
#Perdana Menteri
#pilihan raya
#pilihan raya umum
#Putrajaya
#Yayasan Kepimpinan Perdana
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan