Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata beliau menghormati hak mana-mana ahli parti yang mahu bertanding bagi jawatan presiden dan siapa sahaja yang dipilih haruslah bersedia untuk bekerjasama bagi memberi nafas baharu dan mengukuhkan semula parti .
Beliau berkata peranannya ialah untuk memastikan peralihan kuasa secara lancar kepada penggantinya.
Bagaimanapun, beliau berharap pemilihan MCA akan datang tidak akan melemahkan parti secara dalaman.
"Saya tidak mahu melihat terlalu banyak kemelut dalaman berlaku berhubung pemilihan parti. Sekarang kita berada di kedudukan paling lemah dan kita semua perlu bekerjasama sebagai satu pasukan untuk melakukan transformasi dalam parti.
"Nasihat saya ialah marilah kita bekerjasama, barang siapa yang mahu mencabar satu sama lain, marilah duduk dan pastikan kita boleh bersama-sama untuk melakukan pembaharuan dalam parti," kata beliau kepada pemberita pada upacara mengangkat sumpah untuk pemegang jawatan baharu bagi Bahagian Bangi di sini, pada Selasa.
Liow diminta mengulas mengenai keputusan bekas Naib Presiden Gan Ping Sieu untuk bertanding bagi jawatan tertinggi.
Selain timbalan presiden Datuk Seri Wee Ka Siong yang menawarkan dirinya untuk jawatan itu, beberapa anggota parti dilaporkan juga mendesak bekas presiden Tan Sri Dr Chua Soi Lek untuk bertanding jawatan tersebut.
Liow yang akan mengundur diri pada November berikutan kekalahan pada pilihan raya umu ke-14 secara terbuka memberi sokongan kepada Wee, satu-satunya anggota parlimen dari MCA, untuk menggantikan beliau.
Pemilihan MCA akan diadakan pada 4 Nov.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 28 2018
Liow Tiong Lai berkata beliau menghormati hak mana-mana ahli parti yang mahu bertanding bagi jawatan presiden. - Gambar fail
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
BN belum terima permohonan rasmi MCA keluar parti
Barisan Nasional menghormati keputusan dibuat parti-parti teras dan apa pun keputusan mesti dibuat secara rasmi untuk tindakan selanjutnya.
MCA tidak akan keluar BN, kata KJ
MCA tidak akan keluar daripada Barisan Nasional (BN), kata bekas Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin.
MIC kekal sebagai parti komponen BN - Vigneswaran
Kerjasama MIC sebagai parti komponen yang terjalin selama lebih 50 tahun akan terus kekal sehingga satu keputusan dibuat secara bersama dengan parti komponen BN yang lain.
'Soi Lek pasti tahu wang yang diterima adalah dari 1MDB' - Kit Siang
Veteran DAP Lim Kit Siang menegaskan bahawa tidak mungkin bekas pemimpin MCA Chua Soi Lek tidak mengetahui wang yang diterima pada 2013 adalah sumber 1MDB.
Mana-mana ahli MCA boleh bertanding jawatan tertinggi - Liow
Liow berharap pemilihan MCA akan datang tidak akan melemahkan parti secara dalaman.
Terowong dasar laut: Guan Eng enggan debat dengan 'orang nombor dua'
Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata, beliau tidak akan merendahkan martabatnya sebagai pemimpin tertinggi DAP untuk berdebat dengan Wee yang merupakan pemimpin nombor dua MCA.
Penyusunan semula MAS mesti bebas daripada campur tangan politik, kerajaan
Penyusunan semula berterusan Malaysia Airlines (MAS) mesti bebas daripada campur tangan politik atau kerajaan kata Chua Soi Lek.
Hudud: Soi Lek desak MCA jumpa PM
Kata beliau, pertemuan itu penting untuk memastikan BN memahami pendirian parti-parti kaum Cina itu.
MCA: BN perlu adil dan tidak dilihat sebagai 'menghukum Cina'
Kerajaan Barisan Nasional (BN) perlu menyediakan polisi yang inklusif dan tidak akan ditafsirkan sebagai menghukum masyarakat Cina.
Chua Soi Lek sahkan tidak pertahan jawatan Presiden MCA
Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini mengumumkan beliau tidak akan mempertahan jawatannya dalam pemilihan parti 21 Dis ini.