awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua lelaki ditahan lakukan perbuatan tidak senonoh di tempat awam
Arsenal sahkan Mikel Merino akan jalani pembedahan kaki
Olivia Dean dinobatkan Artis Baharu Terbaik di Anugerah Grammy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mana Menteri Besar Perak? - Exco Negeri

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
02/03/2020
03:44 MYT
Mana Menteri Besar Perak? - Exco Negeri
Sivanesan Achalingam gesa Menteri Besar Perak segera adakan mesyuarat tergempar bagi menjelaskan keadaan sebenar yang berlaku terhadap kerajaan negeri. - Gambar Astro AWANI
Exco Kerajaan Negeri Perak, Sivanesan Achalingam menggesa Menteri Besar (MB), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu segera mengadakan mesyuarat tergempar bagi menjelaskan keadaan sebenar yang berlaku terhadap kerajaan negeri.
Tegas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP itu, sehingga kini Ahmad Faizal didakwa masih berdiam diri mengenai pendiriannya.
Malah, MB juga didakwa beliau, langsung tidak menjawab panggilan telefon yang dibuat oleh Exco.
“MB sepatutnya sudah memanggil mesyuarat tergempar dan menjelaskan kepada kami apa yang sedang berlaku. Saya tidak tahulah. Kita tidak dapat apa-apa (maklumat).
“Bagaimanapun, saya (ingin) mengucapkan kepada MB, selamat maju jaya,” katanya semasa ditemui di pejabatnya di Bangunan Perak di sini pada Isnin.
Menurut beliau, Ahmad Faizal sepatutnya berada di Perak dan bukan hanya sibuk dengan urusan di pusat.
“Kalau kamu (wartawan) mahu cari dia, kamu kena pergi rumah Muhyiddin lah, bukan di rumah Perak.
“Kamu adalah MB Perak. Hari ini saya datang ke pejabat kerana saya seorang Exco dan saya ada tanggungjawab saya kepada rakyat Perak.
“Jadi sebagai MB, kamu ada tanggungjawab untuk bekerja terhadap 2.6 juta rakyat Perak. Kamu sepatutnya ada di sini untuk menjelaskan situasi sebenar ketika ini,” kata beliau.
Sementara itu, tinjauan di beberapa pejabat Exco mendapati ada antara mereka sudah mula mengemas meja dan barangan bagi menghadapi sebarang kemungkinan perubahan dalam kerajaan negeri.
Malah, ada Exco yang tidak lagi menggunakan kenderaan rasmi untuk urusan harian.
Topic Berkaitan
#ADUN
#Ahmad Faizal Azumu
#DAP
#Exco
#Kerajaan Negeri Perak
#Mana Menteri Besar Perak
#Sivanesan Achalingam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan