Bekas Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah akan bertanding di bawah logo PKR pada PRU14.

Namun, beliau tidak menyertai parti tersebut sebagai ahli.

Pengumuman tersebut dibuat sempena sidang media khas oleh pimpinan PKR.

Naib Presiden parti Nurul Izzah Anwar mengalu-alukan penyertaan Maria dalam 'keluarga' PKR dan berbangga dengan penglibatan Maria dalam perjuangan reformasi.

"Hari ini saya mengumumkan bahawa dia akan menjadi sebahagian daripada keluarga kita," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR pada hari ini.

Selain Nurul Izzah, turut hadir adalah Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah dan Naib Presiden PKR, Tian Chua.

Buat masa ini, kerusi yang bakal ditandingi Maria belum diputuskan oleh PKR dan hanya akan diumumkan nanti.