awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mas Ermieyati akan hadir sebagai pemerhati - Rina Harun

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
21/12/2018
12:17 MYT
Mas Ermieyati akan hadir sebagai pemerhati - Rina Harun
Datuk Mas Ermieyati Samsudin akan dijemput menghadiri Persidangan Srikandi BERSATU sebagai pemerhati.
Bekas Ketua Puteri Umno, Datuk Mas Ermieyati Samsudin akan dijemput menghadiri Persidangan Srikandi Sempena Perhimpunan Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang bermula 28 Disember ini sebagai pemerhati.
Menurut Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Seri Rina Harun kemasukan Mas Ermiyati telah dimaklumkan Setiausaha Agung bahawa Ahli Parlimen Masjid Tanah itu sudah diterima sebagai ahli.
“Memandangkan beliau baharu saja mendaftar sebagai ahli, kami ada menjemput beliau menghadiri Persidangan Srikandi sempena Perhimpunan Agung Bersatu sebagai pemerhati,” katanya.
Rina turut ditanya sama ada beliau berasa tergugat dengan kemasukan Mas Ermieyati, jawabnya beliau menerima apa yang baik buat kepentingan parti Bersatu.
“Ini negara demokrasi kalau kita berasa begitu susah juga, yang penting adalah untuk kepentingan parti, perkara yang baik kita terima dan yang tidak baik kita tolak,” katanya dalam sesi wawancara khas sempena Perhimpunan Agung Bersatu di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya pada Jumaat.
Topic Berkaitan
#Ketua Srikandi Bersatu
#Mas Ermieyati Samsudin
#PPBM
#Rina Harun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan