awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak kapal maut selepas kemalangan dalam perlumbaan rentas Atlantik
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS, mata wang utama lain
Suri rumah rugi lebih RM50,000 ditipu sindiket skim pelaburan tidak wujud
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masih bantu BN menunjukkan Pas parti munafik - Muhyiddin

Firdaus Azil
Firdaus Azil
21/02/2019
10:21 MYT
Masih bantu BN menunjukkan Pas parti munafik - Muhyiddin
Muhyiddin, yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, Pakatan Harapan sama sekali tidak mengambil kisah mengenai isu itu kerana mereka percaya dengan sokongan rakyat sedia ada. - Gambar fail/BERNAMA
Tindakan Pas yang masih membantu gerak kerja kempen calon Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Zainal Hanafi, menunjukkan parti itu merupakan parti yang munafik, kata Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Ini kerana, jelasnya lagi, ia jelas bertentangan dengan janji Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam pertemuan baru-baru ini bersama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan parti itu akan menghentikan sokongannya terhadap UMNO dan BN.
Bagaimanapun, Muhyiddin, yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, Pakatan Harapan sama sekali tidak mengambil kisah mengenai isu itu kerana mereka percaya dengan sokongan rakyat sedia ada, mereka mampu mempertahankan kerusi DUN itu.
“It’s not something that we don't recognise (Ia bukan sesuatu yang kita iktiraf). Yang kita kata Pas dah halal untuk berbohong. Dia boleh cakap dengan Perdana Menteri begini tapi bawah dia buat lain. Kita tahu kita ada di bawah ini, mereka duduk sepentas, mereka pergi kempen sama-sama.
"Kita tidak akan termakan dengan soal begitu. Cuma hakikat yang ada, dia tidak buat apa dia kata. Jadi, kalau dalam istilah lain, orang boleh kata munafik,” katanya kepada sidang media di Bilik Gerakan Utama PRK DUN Semenyih Pakatan Harapan, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pimpinan Pas dan ahli mereka yang masih membantu kempen BN walaupun Abdul Hadi didakwa memberi jaminan kepada Perdana Menteri tidak akan berbuat demikian.
Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, Pakatan Harapan tidak akan mengambil peduli soal itu, sebaliknya terus menumpukan gerak kerja untuk berjumpa pengundi seramai mungkin dalam usaha mempertahankan kerusi itu.
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#Barisan Nasional
#DUN Semenyih
#Muhyiddin Yassin
#Pakatan Harapan
#PAS
#pilihan raya kecil
#PRK
#Semenyih
#Zainal Hanafi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan