Mazlan Aliman yang dipilih sekali lagi untuk jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat menimbangkan untuk melepaskan jawatan tersebut.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan lewat petang tadi, Mazlan menjelaskan beliau akan membuat keputusan sama ada kekal atau melepaskan jawatan AJK PAS Pusat dalam masa terdekat.
Beliau berkata kemelut dalaman parti telah memberi kesan yang mendalam terhadap dirinya.
"Sebagai manusia biasa dan penglibatan dalam PAS sejak tahun 1986, situasi ketika ini paling mencabar dan menuntut kesabaran yang tinggi.
"Apatah lagi ramai rakan akrab puluhan tahun berjuang dan berkorban telah tewas dalam pemilihan.
"Saya amat sedih dengan suasana ini dan mengganggu emosi saya," katanya.
Namun kata Mazlan, apa keputusan yang diputuskan perjuangan mendaulatkan Islam dan pembelaan terhadap nasib rakyat adalah keutamaan hidupnya.
"Ia segala galanya dalam hidup saya. Moga Allah beri kekuatan kepada hambaNya ini,"katanya lagi.
Mazlan merupakan satu-satunya calon dalam kumpulan progresif yang dipilih perwakilan PAS untuk menganggotai AJK parti Islam itu.
Irwan Muhammad Zain
Fri Jun 05 2015
MAZLAN : Sebagai manusia biasa dan penglibatan dalam PAS sejak tahun 1986, situasi ketika ini paling mencabar dan menuntut kesabaran yang tinggi. - Foto Facebook
16 kereta, tiga rumah rosak ditimpa pokok akibat hujan lebat di KL
Dalam semua kejadian berkenaan tiada mangsa dilaporkan cedera.
Tragedi Easter: 45 maut, bas terbabas, terbakar
Kesemua yang meninggal dunia itu dilaporkan dalam perjalanan menuju perhimpunan Easter.
Pengasas FTX, Sam Bankman-Fried dipenjara 25 tahun
Bankman dituduh mencuri AS$8 bilion daripada pelanggan dan pelabur syarikat pertukaran mata wang kripto FTX yang kini telah muflis.
Melaka sasar nilai pelaburan RM10 bilion, fokus 10 sektor
Kerajaan negeri berada di landasan terbaik dengan sasaran nilai pelaburan RM10 bilion, apabila meletakkan 10 sektor industri sebagai fokus utama pada tahun ini.
Sabah akan pelbagaikan sumber ekonomi - Ketua Menteri
Sabah tidak boleh hanya bergantung kepada dagangan sumber sedia ada terutama kelapa sawit, minyak dan gas dalam membangunkan ekonomi negeri.
Sarawak perkasa industri hiliran untuk hasilkan produk kayu bernilai tinggi
Kerajaan Sarawak akan terus memperkasakan industri hiliran seperti penghasilan biojisim bagi meningkatkan lagi pengeluaran produk kayu nilai tambah tinggi.
Duta, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia perlu mahir pelaburan, perdagangan
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mahu perwakilan ke luar negara iaitu Duta Besar dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia mahir dalam aspek perdagangan bagi membawa masuk pelaburan ke dalam negara.
Malaysia kekal komited usaha reformasi ekonomi, terima inovasi dan pembangunan mampan
Malaysia kekal komited dalam usaha mereformasi ekonomi dan pada masa sama, bersedia menerima inovasi serta pembangunan mampan, kata TPM Fadillah.
PSM adakan mesyuarat pascanilai padang SNBJ awal minggu depan
Perbadanan Stadium Malaysia bakal mengadakan mesyuarat pascanilai (post-mortem) berkenaan isu padang SNBJ pada awal minggu hadapan.
Nyawa tiada nilai, maruah pula dibuat main oleh Israel
Sudahlah kejam, jijik, tidak beradap pula. Tidak cukup dengan kekejamannya membunuh berpuluh ribu rakyat Palestin, nyawa manusia di bumi Gaza itu bagaikan tiada nilai buat mereka. Dalam beberapa video yang tular baru-baru ini, tentera Israel dengan bangganya memperolok maruah rakyat Palestin dengan bermain pakaian dalam wanita yang ditemui di rumah-rumah penduduk di situ.
Mazlan Aliman mungkin lepaskan jawatan AJK PAS
Mazlan Aliman yang dipilih sekali lagi untuk jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat menimbangkan untuk melepaskan jawatan tersebut.