awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kenyataan Hamzah Zainudin letak jawatan Ketua Pembangkang adalah palsu
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim beroperasi semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MB Johor 'kunci mulut' isu memorandum Bersatu

Bernama
Bernama
10/05/2019
12:55 MYT
MB Johor 'kunci mulut' isu memorandum Bersatu
Sahruddin (dua, kanan) beramah mesra dengan Exco Agama Johor Bahru Tosrin Javathi (kanan) pada Majlis Berbuka Puasa di Johor Bahru hari ini. Turut bersama Anggota Dewan Undangan Negeri Kempas Datuk Osman Sapian (duduk dua, kiri). --fotoBERNAMA
Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal mengambil sikap kunci mulut berhubung isi kandungan memorandum yang dihantar oleh 23 Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor kepada Perdana Menteri yang juga pengerusi parti itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, baru-baru ini.
Ditemui pemberita pada majlis berbuka puasa di Ibu Pejabat Bersatu Johor di sini, hari ini, Dr Sahruddin, yang juga Setiausaha Bersatu Johor, sekadar menyatakan hanya maklum mengenai pertemuan itu, namun, enggan mengulas lanjut isi kandungan memorandum itu.
"Kandungan ada dalam itu," katanya sebagai merujuk memorandum berkenaan.
Rabu lalu, sebuah akhbar melaporkan bahawa Dr Sahruddin telah maklum mengenai penyerahan satu memorandum daripada 23 ketua bahagian kepada Dr Mahathir.
Bagaimanapun, beliau juga memilih untuk tidak bercakap lanjut mengenai isi kandungan memorandum ketika itu.
BACA: Bersatu alu-alukan kemunculan 'Parti Bangsa Johor'
Namun begitu, ramai pihak percaya memorandum itu berhubung kait dengan isu pelantikan bekas exco kerajaan negeri, Mazlan Bujang sebagai pengerusi parti negeri serta menyatakan sokongan kepada Dr Sahruddin untuk memegang jawatan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bersatu
#Bersatu Johor
#Exco
#ketua bahagian
#kunci mulut
#Mahathir Mohamad
#Mazlan Bujang
#memorandum
#PPBM
#sahruddin jamal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan