Masyarakat di Kuala Lumpur digesa kembali memberi sokongan kepada MCA, dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang, kerana hanya gagasan itu yang mampu meneruskan kesinambungan pembangunan negara, kata Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Liow, yang juga Menteri Pengangkutan, berkata jika sokongan terus diberikan kepada Pakatan Harapan, terutamanya DAP, ia hanya akan merugikan negara kerana pakatan pembangkang itu lebih cenderung untuk menyekat pembangunan negara serta membelakangkan kepentingan rakyat.
"Kita lihat pembangkang menggunakan pelbagai isu, memanipulasi isu, sehinggakan pelaburan China ke negara ini juga dipersoalkan. Kita bersusah payah wujudkan bilateral yang baik dengan China, tapi pembangkang persoalkan pelaburan negara asing, dan telah umumkan akan batalkan projek High Speed Rail dan sebagainya.
"Jelas, mereka ini nak balas dendam, pentingkan nafsu peribadi, bukan atas kepentingan rakyat. Sebab itu saya nak tegaskan penduduk di Kuala Lumpur perlu sokong BN dan MCA kerana KL ini akan jadi Greater KL yang akan menjadi pemangkin ekonomi negara, membawa pembangunan pesat, bukan sahaja kepada Kuala Lumpur , tetapi juga kepada seluruh negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvesyen Tahunan MCA Wilayah Persekutuan, di sini hari ini.
Turut hadir ialah Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, Pengerusi Perhubungan MCA Wilayah Persekutuan Datuk Yew Teong Look, serta pimpinan tertinggi MCA Wilayah Persekutuan.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai status dua kerusi parlimen di Wilayah Persekutuan iaitu Wangsa Maju dan Bandar Tun Razak, Liow berkata sebarang isu mengenai kerusi hanya akan dibincangkan pada mesyuarat Dewan Tertinggi BN.
"Memang dari segi pembahagian kawasan, kita akan ikut kuota yang telah kita setuju dulu. kalau lima (kerusi Wilayah Persekutuan) tu lima lah. Dan juga sebarang perubahan kerusi perlu dibincang dalaman, tak bincang di luar," katanya.
Kedua-dua kerusi berkenaan secara tradisinya merupakan kerusi MCA, tetapi pada PRU 2013, kerusi Wangsa Maju telah diberi kepada UMNO, yang menyaksikan calonnya Datuk Shafei Abdullah tewas kepada calon PKR Datuk Dr Tan Tee Kwong dengan majoriti 5,511 undi.
Dalam pada itu, MCA Wilayah Persekutuan juga mahu agar kerusi Bandar Tun Razak kekal menjadi milik parti berkenaan, meskipun UMNO Bahagian telah mengutarakan usul dalam perhimpunan agung parti tahun lepas agar diberi peluang bertanding di kawasan itu.
Mengulas mengenai soal calon, Liow berkata pihaknya telah pun mengemukakan senarai penuh calon kepada Pengerusi BN yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk pertimbangan dan dimuktamadkan.
"Kami telah pun mengemukakan senarai. Kami berpuas hati dengan muka baharu, calon kami bekerja keras di lapangan. Momentum dan rasa yakin itu ada, masyarakat gembira dengan perkhidmatan yang disediakan oleh calon kami," katanya sambil menambah lebih 50 peratus calon MCA terdiri daripada muka baharu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 25 2017
Liow berkata jika sokongan terus diberikan kepada Pakatan Harapan, terutamanya DAP, ia hanya akan merugikan negara. -Gambar fail
Kes demam denggi turun, satu lagi kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,698 kes pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME15) iaitu dari 7 April hingga 13 April lepas berbanding 2,487 kes pada minggu sebelumnya.
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin, Felo Operasi Psikologi Pusat Pengajian Perang Saraf Media & Informasi Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM).
Letusan Gunung Semeru: Penduduk dipindahkan akibat banjir lahar sejuk
Sekurang-kurangnya 32 keluarga di Lumajang, Jawa Timur dipindahkan secara sukarela ke kawasan lebih selamat susulan limpahan banjir lahar sejuk yang dicetuskan Gunung Semeru pada Khamis.
Bapa didakwa bunuh bayi enam bulan
Isteri tertuduh yang berada di galeri awam menangis sebaik pertuduhan terhadap suaminya, dibacakan.
Pelancong dari China, India meningkat 78.2 peratus berikutan pelan liberalisasi visa
Pelan liberalisasi visa telah merancakkan kemasukan pelancong ke dalam negara khususnya dari China dan India dengan peningkatan sebanyak 78.2 peratus dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.
AWANI Ringkas: Delegasi ke Gaza jalani latihan antikeganasan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia dibuka meningkat, pelabur tumpu saham dengan rizab tunai tinggi
Pada 9.22 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 4.86 mata kepada 1,549.62 daripada penutupan Khamis iaitu 1,544.76.
[LAPOR LANGSUNG] Perang Iran-Israel: Peluru berpandu Zionis bedil Isfahan
Letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isfahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
"Itu fake news, saya tidak tahu siapa reka cerita" - Angeline Tan jawab dakwaan hamil
Kata Angeline, pada usia begini, dia dan suami mahu hidup tenang serta memadai timang cucu sahaja.
Polis buru suspek pecah rumah sebabkan kerugian kira-kira RM5,000
Polis berjaya mendapat kesan cap jari dipercayai milik suspek.
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat - Asyraf Wajdi
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Dewan Tertinggi BN hormat keputusan Lembaga Pengampunan
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) menghormati keputusan Lembaga Pengampunan membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
'BN-PH adik beradik, runding elok-elok' - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri mengingatkan BN dan PH Perak untuk terus mempertahankan keikhlasan dan persepakatan dalam pentadbiran negeri.
Pertemuan BN Selangor bukan hanya bincang pelantikan Ahli Majlis
UMNO Selangor bincang tawaran yang diberikan oleh Pakatan Harapan Selangor kepada parti berkenaan, pada Jumaat.