MCA menyifatkan 'Deklarasi Balakong' yang dilancarkannya pada Selasa sebagai reformasi hala tuju parti selepas mengalami kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas.
Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata deklarasi berkenaan dimulakan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong, 8 Sept ini bagi menarik kembali keyakinan rakyat kepada parti tersebut.
"Kita berjanji kepada seluruh anggota parti dan rakyat bahawa MCA (menerusi Deklarasi Balakong) akan mula melaksanakan reformasi parti dan Balakong dijadikan titik permulaan untuk terus membela masyarakat.
"Malah MCA juga bersedia memainkan peranan baharu di atas landasan politik baharu dan telah mengenal pasti kelemahan untuk melaksanakan transformasi menyeluruh dalam parti," katanya dalam satu sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat MCA kali ke-34, di sini pada Selasa.
Deklarasi Balakong MCA menekankan lima teras iaitu memperkasa perjuangan parti, menjadi penggerak kepada peningkatan amalan demokrasi yang inklusif, menegakkan keberkesanan dan akauntabiliti, berperanan sebagai agen semak dan imbang selain menegakkan sistem dua parti untuk mewujudkan suasana politik sihat.
Dalam pada itu, ditanya sama ada deklarasi tersebut menandakan bahawa MCA bakal membawa haluan sendiri (keluar daripada Barisan Nasional) kelak, Liow hanya menyatakan ia bagi menunjukkan mereka sebuah parti yang bebas.
"Kita sekarang pembangkang dan kita (bebas) bekerjasama dengan parti lain (seperti UMNO dan badan bukan kerajaan) yang mempunyai fokus serta agenda sama dengan kita," katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.
PRK DUN Balakong diadakan berikutan kematian penyandangnya Eddie Ng Tien Chie dari Pakatan Harapan (PH) dalam satu kemalangan jalan raya, 20 Julai lepas.
MCA mempertaruhkan Tan Chee Teong yang juga Anggota Jawatankuasa MCA Bangi (sebelum persempadanan semula MCA Serdang) bagi berhadapan calon PH Wong Siew Ki.
Pada PRU14, Ng menewaskan calon Barisan Nasional, Lim Chin Wah dan Mohamad Ibrahim Ghazali (PAS), dengan majoriti 35,538 undi. -- Bernama
Bernama
Tue Aug 28 2018
Liow (dua, kanan) bersama Tan (tengah) pada Majlis Pelancaran Deklarasi Balakong di Bangunan MCA Bahagian Balakong pada Selasa. Turut hadir Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (dua, kiri). - BERNAMA
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
COP28 bertindak untuk menyokong pihak yang ‘rapuh’ kerana perubahan iklim
Persidangan Perubahan Iklim PBB (COP28) hari ini secara rasmi mendukung Deklarasi mengenai Iklim, Bantuan, Pemulih dan Keamanan di hari keempat pengajarannya.
Abbas, Haniyeh kecam perjanjian UAE-Israel
Haniyeh pula menegaskan mengenai sokongannya kepada kepemimpinan Palestin.
Sidang Kemuncak KL cari penyelesaian isu dihadapi dunia Islam
Tun Dr Mahathir Mohamad nampaknya bersedia untuk mengetengahkan seruan penyatuan untuk dunia Islam berjuang mendapatkan semula kegemilangan yang pernah dikecapi dahulu.
Sekatan perjalanan ditarik balik, Mohamed Apandi bebas ke luar negara
Mohamed Apandi juga telah menarik balik permohonan kebenaran semakan kehakiman difailkannya bagi mencabar keputusan Jabatan Imigresen yang tidak membenarkannya ke luar negara.
MCA lancar 'Deklarasi Balakong' untuk reformasi hala tuju parti
Deklarasi berkenaan dimulakan pada Pilihan Raya Kecil DUN Balakong, 8 Sept ini bagi menarik kembali keyakinan rakyat kepada parti tersebut.
Pendaftaran parti: Pakatan Harapan tarik balik permohonan terhadap RoS
Peguam Michelle Ng yang mewakili Pakatan Harapan memberitahu pemberita bahawa pihaknya menarik balik permohonan itu berikutan RoS telah mendaftarkan parti berkenaan pada 16 Mei lalu.
Mekanisme deklarasi harta diputuskan kabinet sebelum persidangan Parlimen
Aspek deklarasi harta oleh anggota pentadbiran adalah antara perkara yang akan dibincangkan dengan terperinci pada mesyuarat itu, yang dijangka diadakan sebelum persidangan Parlimen bermula.
Mahathir akui gagal yakinkan Agong berhubung deklarasi
Semasa menghadap selama 70-minit di Istana Anak Bukit, Alor Setar, bulan lepas, beliau turut menunjukkan kepada Seri Paduka gambar deklarasi berserta tandatangan.
Majlis Raja-Raja tidak akan terpengaruh gerakan Mahathir
Anggota MT UMNO Mohd Sharkar Shamsudin yakin Majlis Raja-Raja tidak akan terpengaruh dengan gerakan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyingkirkan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Program Jelajah Pendidikan Bumiputera deklarasi kerajaan ubah destini anak bangsa
Program itu membantu golongan kurang berkemampuan termasuk mereka yang berada di luar bandar, pedalaman dan miskin bandar yang tercicir dalam bidang pendidikan.