Menantu Hadi nafi MB Terengganu dan Khalil terlibat 'kartel dedak'

Menantu Hadi nafi MB Terengganu dan Khalil terlibat 'kartel dedak'
Zaharuddin bagaimanapun tidak menafikan tiga lagi nama yang dikaitkan dengan kartel dedak dan diletakkan dalam poster tersebut. - Facebook Zaharuddin Muhammad
KUALA LUMPUR: Ahli Pas Zaharuddin Muhammad, yang juga menantu Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan Menteri Terengganu, Dr Samsuri Ahmad Mokhtar dan Ketua Pemuda parti itu, Abdul Khalil Abdul Hadi terlibat dengan 'kartel dedak'.

Zaharuddin mendakwa poster yang memaparkan lima pemimpin Pas yang dikaitkan dengan 'kartel dedak' yang tular itu adalah palsu dan menyalahkan Parti Amanah Negara (Amanah), yang menyebarkan poster tersebut.

“Ini palsu. Tak sama dengan apa yang saya maksudkan.
"Takkan menteri besar Terengganu terlibat? Takkan adik ipar ana (saya) sendiri terlibat. Jangan percaya PAN,” tulisnya yang merujuk kepada Amanah.

 

Zaharuddin bagaimanapun tidak menafikan tiga lagi nama yang dikaitkan dengan 'kartel dedak' dan diletakkan dalam poster tersebut.

Tiga nama lagi adalah Ketua Penerangan Pas, Nasruddin Hassan, Ahli Parlimen Bachok Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan Ahli Parlimen Kuala Nerus Mohd Khairuddin Aman Ghazali.

Pada 10 Mei lalu, Zaharudin mendedahkan wujudnya 'kartel dedak', dipercayai merujuk kepada kumpulan dalam Pas yang didakwa menerima dana daripada pihak tertentu.

Zaharuddin mendakwa pendedahan yang dibuatnya untuk mengelakkan isu itu daripada terpalit kepada pimpinan parti iaitu Presiden Abdul Hadi Awang, Majlis Syura Ulama dan Pas Pusat.

Tag: Pas, dedak, Zaharuddin Muhammad, Abdul Hadi Awang, Dr Samsuri Ahmad Mokhtar, Abdul Khalil Abdul Hadi, Nasrudin Hassan, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, Mohd Khairuddin Aman Ghazali


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.