awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keganasan tercetus dalam protes anti-ICE berhampiran Perkampungan Olimpik di Milan
Hasutan di media sosial: Tiga lelaki India ditahan - Polis KL
Malaysia-India kukuhkan hubungan dua hala dengan pemeteraian 11 dokumen kerjasama utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mohamad Sabu umum penubuhan parti Gerakan Harapan Baru

Astro Awani
Astro Awani
13/07/2015
07:28 MYT
Mohamad Sabu umum penubuhan parti Gerakan Harapan Baru
Gerakan Harapan Baru dilihat sebagai satu platform untuk menggerakkan semula kerjasama parti politik di pihak pembangkang.
Satu parti politik baru diterajui pemimpin progresif dalam parti PAS yang kalah semasa pemilihan parti baru-baru ini diumumkan penubuhannya hari ini.
Pengerusi parti tersebut, Mohamad Sabu berkata, parti yang dinamakan sebagai Gerakan Harapan Baru itu dilihat sebagai satu platform untuk menggerakkan semula kerjasama parti politik di pihak pembangkang.
"Parti ini berteraskan Islam dengan pendekatan inklusif, progresif dan mengambil peduli terhadap rakyat.
"Ini merupakan permulaan kepada kerjasama baru atau Pakatan Rakyat 2.0," kata beliau, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
Antara pemimpin yang turut hadir pada majlis pelancaran tersebut ialah bekas calon presiden PAS Ahmad Awang, bekas ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad dan bekas naib presiden PAS Salahuddin Ayub.
Selain mereka, turut hadir ialah anak bekas presiden PAS, Muhammad Faiz Fadzil, bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib.
Tambah Mohamad, parti itu tidak menolak matlamat penubuhannya sebagai sebuah parti politik yang terbuka kepada semua kaum.
"Buat masa ini, permohonon pendaftaran parti sudah dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) dan menunggu kelulusannya.
Topic Berkaitan
#Dr Dzulkefly Ahmad
#Gerakan Harapan Baru
#Mohamad Sabu
#PAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan