awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muafakat Nasional hulur pelawaan rasmi kepada Bersatu - Annuar

Bernama
Bernama
30/07/2020
14:52 MYT
Muafakat Nasional hulur pelawaan rasmi kepada Bersatu  - Annuar
Annuar yang juga Menteri Wilayah Persekutuan turut yakin perkara itu akan selesai menjelang ulang tahun pertama kerjasama berkenaan.
Muafakat Nasional telah membuat pelawaan rasmi kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk menyertai pakatan itu, kata Setiausaha Bersama Sekretariat Muafakat Nasional Tan Sri Annuar Musa hari ini.
Katanya Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Presiden Bersatu telah membincangkan perkara itu sejak berbulan lalu.
"Kira-kiranya kami sudah mempelawa secara rasmi, namun kami tidak tergesa-gesa. Setiap parti ada prosedur termasuk membawa cadangan itu ke majlis tertinggi parti masing-masing untuk dibincangkan.
"Kami hanya tunggu keputusan mereka. Apa yang penting bagi Bersatu, UMNO dan PAS ialah kita harus kekalkan hubungan kerjasama yang harmoni," katanya kepada pemberita selepas melawat Taman Awam Bukit Kiara di sini.
Muafakat Nasional merupakan kerjasama politik UMNO dan PAS yang ditubuhkan pada Himpunan Penyatuan Ummah, 14 Sept tahun lepas.
Mengulas lanjut, Annuar yang juga Menteri Wilayah Persekutuan turut yakin perkara itu akan selesai menjelang ulang tahun pertama kerjasama berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#Annuar Musa
#Bersatu
#Muhyiddin Yassin
#PAS
#politik
#PPBM
#UMNO
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan