awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
Hujan lebat di California ragut tiga nyawa
21 buah rumah terkesan banjir kilat di Simpang Pulai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muafakat UMNO dan Pas ini perlu dipertahan - Tuan Ibrahim

Irwan Muhammad Zain, Firdaus Azil
Irwan Muhammad Zain, Firdaus Azil
13/09/2019
15:06 MYT
Muafakat UMNO dan Pas ini perlu dipertahan - Tuan Ibrahim
TUAN IBRAHIM: Isu kerusi bukan masalah bagi Pas dan UMNO bila kita duduk bersama. - Astro AWANI/Shahir Omar
Pimpinan UMNO dan Pas bertekad untuk mempertahankan muafakat yang dijalinkan antara kedua-dua parti, kata Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Ahli Parlimen Kubang Kerian itu menegaskan bahawa kerjasama antara dua parti terbesar orang Melayu itu tidak akan dikhianati atau dimusnahkan dengan isu remeh.
“Mereka menyebut kerjasama antara UMNO dan Pas tidak akan bertahan lama kerana akan timbul masalah apabila tiba pembahagian kerusi pilihanraya.
“Saya nak beritahu mereka, isu kerusi bukan masalah bagi Pas dan UMNO bila kita duduk bersama,” katanya dalam ceramah perdana Timbalan Presiden UMNO dan Pas sempena Himpunan Penyatuan Ummah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Jumaat.
Dalam ceramahnya juga Tuan Ibrahim menegaskan bahawa kerjasama antara UMNO dan Pas tidak akan mengetepikan hak bukan Melayu.
“Yang kita tidak boleh terima hanyalah kaedah DAP yang mengancam kedudukan Islam dan Melayu.
“Kita pernah ada pengalaman dengan DAP dan terbukti parti itu tidak boleh dijadikan kawan,” katanya lagi.
Tuan Ibrahim juga menjelaskan bahawa sebuah kerajaan yang dibina dengan fitnah tidak akan bertahan lama.
Lebih 5,000 hadir ke ceramah perdana yang diadakan pada malam sebelum piagam antara UMNO dan Pas dimeterai.
Topic Berkaitan
#Himpunan Penyatuan Ummah
#kerjasaam
#PAS
#politik
#Tuan Ibrahim Tuan Man
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan