awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muhyiddin rujuk RoS isu penggantungan jawatan Timbalan Presiden UMNO

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
03/03/2016
05:24 MYT
Muhyiddin rujuk RoS isu penggantungan jawatan Timbalan Presiden UMNO
Jelas Muhyiddin, beliau merasakan tindakan yang dibuat Majlis Tertinggi (MT) UMNO itu tidak mengikut prosedur yang betul. - Foto Astro AWANI/Ahmad Amir Ariffin
Tan Sri Muhyiddin Yassin akan merujuk kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) berhubung penggantungannya sebagai Timbalan Presiden UMNO.
Jelas Muhyiddin, beliau merasakan tindakan yang dibuat Majlis Tertinggi (MT) UMNO itu tidak mengikut prosedur yang betul.
“Saya telah menyatakan penggantungan tidak mengikut prosedur sebagai contoh saya tidak diberikan apa-apa surat tunjuk sebab untuk jelaskan apa yang berkaitan disiplin.
“Saya tidak dihadapkan ke Lembaga Disiplin. Saya tidak diberikan peluang yang adil untuk bela diri mengikut prosedur dan proses tatacara disiplin yang ditetapkan parti. Majlis Tertinggi UMNO buat keputusan secara gopoh,” katanya pada sidang media khas, di sini hari ini.
BACA: Hak Muhyiddin pertikai penggantungannya - Salleh Said
BACA: Saya terus kekal dalam UMNO, tidak terbabit konspirasi jatuhkan Najib - Muhyiddin
Ujarnya, beliau mahu mendapatkan penjelasan daripada RoS sama ada penggantungannya itu mengikut prosedur dan undang-undang parti.
Beliau akan menyerahkan surat rujukan tersebut kepada RoS dalam masa terdekat.
Muhyiddin pada masa sama menafikan beliau tidak mempertahankan dirinya daripada digantung jawatan pada Jumaat lalu.
Katanya, beliau tidak dapat hadir mesyuarat MT UMNO disebabkan mempunyai urusan lain di luar negara.
“Saya tak dapat hadir kerana ada hal lain di luar negara. Tiada agenda khas diaturkan dalam mesyuarat tersebut. Bagi saya ia tidak mengikut tatacara yang berperlembagaan,” katanya.
Jumaat lalu, mesyuarat MT UMNO yang dipengerusikan Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menggantung jawatan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden UMNO.
Topic Berkaitan
#Majlis Tertinggi UMNO
#Muhyiddin Yassin rujuk RoS
#penggantungan Timbalan Presiden UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan