awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muhyiddin wakili Perikatan Nasional: GPS, STAR juga bersama?

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
29/02/2020
03:38 MYT
Muhyiddin wakili Perikatan Nasional: GPS, STAR juga bersama?
Muhyiddin bersama beberapa pemimpin parti politik sebelum meninggalkan kediaman beliau di Bukit Damansara. - Foto ihsan Bersatu
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui beliau membawa suara gabungan baru yang dibentuk bersama UMNO dan Pas.
Beliau yang dicalonkan sebagai Perdana Menteri kelapan mengesahkan mengetuai Perikatan Nasional ke Istana Negara bagi mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
“Kami semua dari Perikatan Nasional. Semua orang yang anda lihat di sini akan pergi ke Istana Negara dengan dokumen ini, yang kami bawa, untuk mencari perkenan Agong.
“Hasrat kami adalah untuk melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan negara daripada apa yang sedang berlaku sekarang.
“Kami mempunyai matlamat yang ikhlas dan kami meminta semua rakyat Malaysia untuk mendirikan solat hajat dan menunjukkan sokongan kepada usaha kami untuk memastikan kejayaan kami.
“Saya menyeru semua orang untuk berdoa dan semoga kami akan menerima berkat dari Allah,” katanya di kediamannya di Bukit Damansara sebelum bertolak ke Istana Negara sekitar pukul 10 pagi ini.
Selain Muhyiddin, turut menghadap Yang Di-Pertuan Agong adalah Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa dan bekas Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Kesemua mereka kemudiannya pergi ke Istana Negara dan keluar selepas mengadakan pertemuan dengan Agong selama lebih kurang 40 minit.
Muhyiddin bersama beberapa pemimpin parti politik berkumpul di rumah beliau sebelum ke Istana Negara. - Foto ihsan Bersatu
Muhyiddin bersama beberapa pemimpin parti politik berkumpul di rumah beliau sebelum ke Istana Negara. - Foto ihsan Bersatu
Antara yang turut kelihatan ialah Abdul Hadi, Maszlee, Fadillah dan Hamzah. - Foto ihsan Bersatu
Antara yang turut kelihatan ialah Abdul Hadi, Maszlee, Fadillah dan Hamzah. - Foto ihsan Bersatu
BACA: Wakil pemimpin parti tiba di Istana Negara pagi ini
BACA: Saya sedia jadi Perdana Menteri kelapan - Tun Dr Mahathir
BACA: Muhyiddin dahului Anwar sebagai PM-8
Dalam pada itu, turut tular, gambar-gambar sebelum upacara menghadap Yang di-Pertuan Agong.
Secara jelas, gambar itu turut memaparkan beberapa individu lain seperti Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Seri Fadillah Yusof dan Ahli Parlimen Keningau Datuk Jeffrey Kitingan, satu-satunya wakil ahli Parlimen Parti Solidariti Tanah Airku Rakyat Sabah (STAR).
Juga kelihatan, Ahli Parlimen Simpang Renggam Maszlee Malik dan Ahli Parlimen Larut Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#Bersatu
#gabungan baru
#Malaysia2020
#media sosial
#Muhyiddin Yassin
#Pakatan Harapan
#PAS
#Perikatan Nasional
#Takiyuddin Hassan
#UMNO
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan