awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mukhriz hanya malukan diri jika masuk Baling

Bernama
Bernama
27/01/2018
21:18 MYT
Mukhriz hanya malukan diri jika masuk Baling
Mukhriz melakukan program walkabout di Baling pada Jumaat namun didakwa tidak mendapat sambutan. - Gambar fail
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Baling hari ini menegaskan tiada ruang dan peluang kepada mana-mana parti yang mengamalkan politik bermusim untuk bertapak di Parlimen Baling.
Ketua Pemuda UMNO bahagian itu, Mohd Noor Mohd Amin berkata peringatan itu khusus buat Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir sekiranya beliau bercita-cita mahu merampas kerusi Parlimen Baling.
Mengulas kehadiran Mukhriz yang melakukan program walkabout di Baling pada Jumaat namun didakwa tidak mendapat sambutan, beliau berkata PPBM tidak diterima penduduk Parlimen itu dan ia dapat dilihat apabila program anak bekas perdana menteri itu semalam lebih kerusi daripada orang yang datang.
Mohd Noor berkata ini berbeza dengan kepimpinan sedia ada di bawah Ketua UMNO Bahagian yang juga Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, yang mengamalkan politik tanpa bermusim.
"Masa dia (Mukhriz) jadi menteri besar pun, dia tak pernah datang sini. Jadi kenapa sekarang baru nak munculkan diri? Jika dia ingat setakat buat walkabout di Baling mampu meraih undi, saya harap dia fikir 10 kali dahulu. Jangan sampai malukan diri sendiri, " katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Baling
#mohd noor mohd amin
#Mukhriz Tun Mahathir
#Parlimen
#politik
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan