Muktamar Pas ke-63 pada hujung bulan ini, dilaporkan bakal menjadi penentu sama ada parti Islam itu akan menamatkan tahaluf siyasi dengan PKR atau mengekalkannya berikutan usul yang diluluskan beberapa kawasan Pas di Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu agar kerjasama politik dengan PKR ditamatkan.
Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Dr Nik Muhammad Zawawi berkata isu tahaluf siyasi Pas-PKR akan menjadi topik perbincangan pada muktamar kali ini.
Persoalannya sanggupkah Pas berbuat demikian? Jika benar tahaluf siyasi Pas-PKR berakhir, ia dilihat boleh memberi kesan besar kepada kerjasama politik dalam pentadbiran kerajaan Selangor, yang diterajui PKR, berbanding dengan negeri-negeri lain.
Ini bakal meletakkan Pas dalam keadaan sangat canggung untuk terus berada dalam pentadbiran kerajaan Selangor jika ia memutuskan hubungan dengan PKR.
Ada tiga anggota Exco kerajaan Selangor daripada Pas iaitu Datuk Iskandar Abdul Samad (Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar); Zaidy Abdul Talib (Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri AsasTani) serta Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi (Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi).
Pada masa ini, Pas Selangor berpendirian untuk mengekalkan status quo dan akan akur terhadap apa jua keputusan pucuk pimpinan parti, jika Pas memutuskan untuk menamatkan kerjasama politik dengan PKR.
Hubungan antara Pas dan PKR tegang selepas parti pemerintah kerajaan negeri Selangor itu bertegas untuk mengekalkan kerjasama dengan DAP dan menjalin hubungan dengan Parti Amanah Negara (Amanah), parti serpihan Pas.
Keadaan semakin meruncing apabila Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, yang juga Timbalan Presiden PKR, menyindir Ketua Pemuda Pas Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, yang kalah dalam pemilihan Pas Kawasan Pengkalan Chepa di Kelantan, 18 Mac lalu.
Kritikan Mohamed Azmin itu susulan kenyataan Nik Mohamad Abduh bahawa parti itu akan menawan Selangor pada PRU akan datang.
Penganalisis politik, Che Hamdan Che Mohd Razali daripada Universiti Teknologi MARA Kampus Raub, Pahang menggambarkan hubungan Pas dan PKR di Selangor sebagai ''hubungan cinta-benci' disebabkan yang mengikat kedua-duanya adalah kuasa, atau lebih tepat lagi sebuah kerajaan negeri.
"Maka ada kalanya antara pemimpin mereka akan tersasar atau terlanjur memberi komen sama ada dalam bentuk sindiran atau kritikan kerana sememangnya itu adalah perasaan yang terpendam selama ini. Namun, mereka saling memerlukan dalam meneruskan penguasaan kerajaan pakatan pembangkang di Selangor," katanya kepada Bernama.
Pensyarah Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi itu berpendapat walaupun ada usul pada muktamar bagi mendesak pucuk pimpinan parti memutuskan kerjasama politik dengan PKR, perkara itu tidak akan direalisasikan sebelum Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dibubarkan.
Katanya pimpinan Pas dan PKR di Selangor setakat ini mempunyai persefahaman dalam mempertahankan kerajaan negeri dan pada masa sama masih mahu menjaga nama baik kerajaan negeri di mata rakyat Selangor.
"Kedudukan yang dimiliki oleh pemimpin Pas di Selangor adalah satu kelebihan untuk mereka meneruskan perjuangan parti dan pada masa sama menarik lebih ramai lagi penyokong melalui program berskala besar yang dianjurkan atas platform kerajaan negeri," jelasnya.
Sedemikian, kata beliau pemimpin Pas Selangor mengambil langkah mengelakkan konfrontasi dengan PKR kerana usaha dan gerak kerja selama ini terutama pasca pilihan raya umum (PRU) 2008 menunjukkan mereka saling memerlukan antara satu sama lain, ditambah dengan kedua-dua parti itu mempunyai bilangan kerusi DUN yang sama.
DUN Selangor mempunyai 56 kerusi iaitu DAP (14), PKR (13), Pas (13), BN (12), Amanah (2) dan Bebas (2).
Bagi pensyarah kanan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Datuk Dr Samsul Adabi Mamat, pengakhiran kerjasama politik antara Pas dan PKR bakal memberi kesan terhadap pentadbiran kerajaan Selangor.
Namun, ia tidak sampai ke tahap berlakunya pertukaran jawatan dalam kepimpinan berikutan sudah menghampiri penghujung penggal.
Sebaliknya, penganalisis politik itu berpendapat kesan sebenar penamatan kerjasama politik adalah pada PRU akan datang di mana ketika itu Pas 'akan menjadi rebutan'.
Apabila tiba masanya nanti Pas perlu menyatakan pendiriannya sama ada akan bertahaluf siyasi dengan BN atau Pakatan Harapan atau pun memutuskan untuk bergerak secara sendirian.
"Pas sekarang kiranya jadi anak emas yang menjadi rebutan dua pihak. Untuk pembentukan kerajaan persekutuan dan negeri, Pas ada signifikasi tersendiri kerana di peringkat persekutuan, Pas sasar 40 kerusi Parlimen pada PRU akan datang dan ini besar kesannya ke mana Pas akan berpihak.
"Peranan dan pengaruh Pas di Selangor juga besar dan tidak dapat dinafikan oleh PKR. Mohamed Azmin kalau dia nak kedudukan terus mantap dia mesti berbaik dengan Pas. Di sinilah... kalau Pas nak tunjuk kekuatan, dia putuskan hubungan (dengan PKR), (kesannya) ini akan ganggu pengaruh Mohamed Azmin di Selangor dan PKR sendiri," katanya.
Muktamar Pas akan diadakan di Alor Setar, Kedah dari 27 April hingga 1 Mei ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 20 2017
Isu tahaluf siyasi Pas-PKR akan menjadi topik perbincangan pada muktamar kali ini. - Gambar fail
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Abdul Hadi kekal Presiden Pas
Ahli Parlimen Marang Tan Sri Abdul Hadi Awang kekal sebagai Presiden Pas selepas diumumkan menang tanpa bertanding dalam pemilihan jawatankuasa tertinggi parti itu bagi sesi 2023-2025.
'Sanusi memang cerdik', Mursyidul Am Pas puji Menteri Besar Kedah
Sebelum ini, Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin menegur dan meminta Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor agar menjaga percakapan.
Pas ada potensi besar ambil alih Kerajaan Persekutuan - Tuan Ibrahim
Mengambil contoh Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata gelombangnya jelas namun parti kurang bersedia untuk menyokongnya.
Ahli Pas tidak pernah diajar minta bayaran, habuan - Ketua Pemuda Pas
Ahli Pas tidak pernah diajar meminta bayaran atau mendapat habuan daripada perjuangan.
Mahu atau tidak, kerajaan ini mesti ditumbangkan - Sanusi
Katanya, persempadanan semula kawasan pilihan raya tidak boleh memberikan kelebihan kepada parti di bawah Kerajaan Perpaduan.
Nahas Muslimat Pas: Ibu bangga Nurul Najihah berbakti sehingga akhir hayat
Mashitah Shafie reda terima pemergian anak sulung dalam nahas jalan raya ketika sedang membantu mangsa kemalangan lain.
Nahas tiga Muslimat Pas: Pemandu kereta ditahan
Lelaki berusia 30 tahun itu ditahan ketika hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mualim bagi memberi keterangan.
Tiga ahli Muslimat Pas maut nahas dalam perjalanan pulang dari muktamar
Tiga ahli Muslimat Pas yang dalam perjalanan pulang selepas menghadiri Muktamar Pas meninggal dunia selepas terlibat dalam nahas di Tanjung Malim.
Tun Mahathir calon PRK Kemaman? Tidak, kata Abdul Hadi
Bagaimanapun, Abdul Hadi berkata Pas masih dalam perbincangan untuk memuktamadkan calon bagi PRK Kemaman.
Muktamar Pas: Penyatuan ummah tak jejas hak bukan Melayu - Abdul Hadi
Ini termasuk, katanya mengajak orang bukan Islam yang tidak ekstrem mengikut acuan Sirah Nabawiyah.