awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengeluaran air mata berlebihan mungkin tanda saluran air mata tersumbat
Indonesia akan bina Kampung Haji di Mekah bagi kurangkan kos ibadah haji
Bekalan elektrik akan dipulihkan di barat daya Berlin lima hari selepas serangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muktamar Pas lulus usul memeterai perjanjian politik dengan UMNO

Bernama
Bernama
22/06/2019
13:50 MYT
Muktamar Pas lulus usul memeterai perjanjian politik dengan UMNO
Seorang kanak-kanak melintasi bendera Parti Pas yang dipasang ketika mengikuti ibu bapanya pada Muktamar Tahunan Pas ke-65 di Kompleks Sukan Pahang, Kuantan, 22 Jun, 2019. -- fotoBERNAMA
Muktamar Tahunan Pas kali ke-65 hari ini meluluskan usul supaya pimpinan Pas Pusat dan Majlis Syura Ulama memeterai perjanjian politik dengan UMNO.
Usul itu dibentang oleh Ketua Penerangan Dewan Ulama Mohd Asri Mat Daud, yang kemudiannya dipersetujui sebulat suara oleh perwakilan.
Ketika membentangkan usul itu, Mohd Asri berkata Pas tidak boleh menjalin taawun siyasi (kerjasama demi kepentingan Islam) semata-mata, sebaliknya hendaklah diikuti dengan tahaluf siyasi (muafakat politik).
"Dalam masa sama, (Pas) hendaklah mengadakan garis panduan asas, syarat-syarat dan batas kerjasama politik dengan parti politik tersebut," katanya.
Kali terakhir Pas mengadakan perjanjian politik ialah bersama DAP pada 2008 sebelum ia ditamatkan setelah didakwa berlaku pelanggaran syarat pada Julai 2015.
Sementara itu, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika ditemui pemberita berkata Majlis Syura Ulama telah meluluskan secara dasar perjanjian politik berkenaan dalam perbincangan sebelum ini.
"Ia sudah dibincang dalam Majlis Syura Ulama dan usul ini hanya untuk disahkan dalam muktamar... dalam perlembagaan kita, keputusan itu mesti diizinkan (mendapat mandat) perwakilan muktamar," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#DAP
#Islam
#kerjasama
#Majlis Syura Ulama
#Mohd Asri Mat Daud
#muafakat politik
#Muktamar Pas
#PAS
#pelanggaran syarat
#perjanjian politik
#politik
#taawun siyasi
#tahaluf siyasi
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan