awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Naib Ketua, tiga ketua sayap dan 300 ketua cawangan Semporna keluar parti

Bernama
Bernama
27/06/2016
13:26 MYT
Naib Ketua, tiga ketua sayap dan 300 ketua cawangan Semporna keluar parti
Keputusan itu dibuat mereka selepas mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) bahagian itu di sini yang dipengerusikan Jaujan yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Sulabayan. - Gambar fail
Naib Ketua UMNO Bahagian Semporna Datuk Dr Jaujan Sambakong hari ini mengumumkan keluar parti.
Turut mengambil tindakan sama ialah tiga ketua sayap iaitu Ketua Pemuda Mohd Aziz Jamman, Ketua Wanita Manis Muka Dara dan Ketua Puteri Zakiah Kalipunya dan 300 ketua cawangan bahagian itu.
Keputusan itu dibuat mereka selepas mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) bahagian itu di sini yang dipengerusikan Jaujan yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Sulabayan.
Dalam sidang media, Jaujan berkata keputusan itu dibuat susulan tindakan Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada Jumaat lepas menggantung keanggotaan Naib Presiden UMNO yang juga Ketua UMNO Bahagian Semporna Datuk Seri Mohd Shafie Afdal.
Beliau berkata Mohd Shafie telah tidak diberi peluang membela diri dengan diberikan surat tunjuk sebab terlebih dahulu sebelum MT membuat keputusan mengantung keanggotaannya.
Bagaimanapun, Mohd Shafie tidak hadir pada mesyuarat itu kerana sedang mengerjakan umrah. Turut tidak hadir Timbalan Ketua Bahagian Datuk Nasir Tun Sakaran.
UMNO Bahagian Semporna mempunyai 481 ketua cawangan.
Topic Berkaitan
#Naib Ketua UMNO Bahagian Semporna Datuk Dr Jaujan Sambakong hari ini mengumumkan keluar parti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan