awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Najib terima permohonan maaf Nizar Jamaluddin

Bernama
Bernama
30/10/2015
01:00 MYT
Najib terima permohonan maaf Nizar Jamaluddin
Mohammad Nizar (gambar) yang didakwa atas tuduhan memfitnah Najib, telah dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Ipoh, Perak selepas beliau memohon maaf secara terbuka kepada Najib. - Gambar Fail
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerima permohonon maaf bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang didakwa atas tuduhan memfitnah beliau.
"Saya terima permohonan maaf Datuk Seri Nizar Jamaluddin atas fitnah beliau terhadap saya. Islam menuntut umatnya tidak menfitnah atau sebarkan dusta," katanya menerusi catatan terbaharu dalam laman Facebook dan Twitter beliau pada Khamis.
Pada Rabu, Mohammad Nizar yang didakwa atas tuduhan memfitnah Najib, telah dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Ipoh, Perak selepas beliau memohon maaf secara terbuka kepada Najib.
Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin membuat keputusan itu selepas Ketua Unit Pendakwaan Negeri Perak Yusaini Amer Abdul Karim memaklumkan bahawa perdana menteri bersetuju kes itu dikompaun mengikut Seksyen 260 Kanun Prosedur Jenayah.
Mohammad Nizar, 58, yang beralamat di Sungai Rokam di sini, didakwa memfitnah Najib dalam ucapannya kepada orang ramai di Taman Desa Pakatan di sini antara 9 malam dan 12 tengah malam pada 23 April 2012.
Bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak itu didakwa mengetahui bahawa tohmahan seperti yang terkandung dalam transkrip ucapan dalam Lampiran A, yang disertakan bersama-sama kertas pertuduhan itu, akan merosakkan nama baik Najib.
Topic Berkaitan
#Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin
#Ipoh
#mahkamah
#Mohammad Nizar
#Najib Razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan