awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Konsert langgar garis panduan Kelantan: Penganjur didenda, wang cagaran dirampas
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nasrudin Tantawi diumum calon kerusi Parlimen Indera Mahkota

Astro Awani
Astro Awani
11/04/2018
00:02 MYT
Nasrudin Tantawi diumum calon kerusi Parlimen Indera Mahkota
Dari Temerloh ke Indera Mahkota, Misi Nasrudin Hassan merampas kerusi parlimen itu daripada PKR - Foto Astro AWANI
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi sebagai calon parti itu di kerusi Parlimen Indera Mahkota untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.
Pengumuman itu dibuat ketika berucap pada Majlis Amanat Pilihan Raya Pas Teraju Pahang di Padang Awam Cenderawasih, malam tadi.
Abdul Hadi berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira kemampuan beliau yang sebelum ini bertanding di kerusi Parlimen Temerloh pada pilihan raya umum lalu.
"Calon di Indera Mahkota yang menjadi wakil Pas ialah Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi," katanya.
Nasrudin Hassan Tantawi pernah bertanding kerusi parlimen P086 Maran pada 2008 namun tewas kepada calon BN Ismail Abd Muttalib dengan 9,227 undi berbanding 15,868 undi (majoriti 6,641, atau 26%).
Pada 2013, Nasrudin Hassan bertanding atas tiket PAS (bawah Pakatan Rakyat) menentang calon BN Datuk Saifuddin Abdullah, tokoh politik progresif minoriti dalam UMNO, di Parlimen Temerloh (P088).
Dengan majoriti tipis (1.9%), beliau memenangi pilihan raya itu lantas menjadikannya Ahli Parlimen Temerloh
"Saya mengikut keputusan yang dibuat oleh parti dan kami yakinlah bekerja atas semangat berjemaah, atas semangat organisasi.
"Sebelum ini kita ada kekuatan di peringkat Parlimen Indera Mahkota dan juga di DUN Beserah, jadi tiada halangan untuk kita terus menyahut cabaran," kata Nasaruddin di majlis yang sama.
Pas bakal bertanding di sekurang-kurangnya 40 kerusi daripada 42 Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 14 kerusi Parlimen di negeri Pahang ini pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), 9 Mei ini.
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#Indera Mahkota
#MalaysiaMemilih
#Nasaruddin Hassan Tantawi
#Parlimen
#PAS
#PRU14
#temerloh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan