awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 500,000 sertai perarakan pro-Palestin di Jambatan Galata, Istanbul pada Tahun Baharu
22 cedera dalam letupan bom tangan semasa sambutan Tahun Baharu di selatan Filipina
Puluhan maut, kira-kira 100 cedera dalam kebakaran bar di Switzerland
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nazri, Jamal nak bantu kempen PRK? Saya bersyukur sahaja - Anwar Ibrahim

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
13/09/2018
15:45 MYT
Nazri, Jamal nak bantu kempen PRK? Saya bersyukur sahaja - Anwar Ibrahim
ANWAR: -Sekarang kita ada jentera pilihan raya, kita serah pada jentera. Siapa yang hendak bantu kita syukur." - Foto Astro AWANI
Bakal Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik sesiapa sahaja yang berhasrat untuk membantunya pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson akan datang.
Ketua Umum PKR itu bagaimanapun menyerahkan kepada jentera serta jawatankuasa pemilihan parti untuk membuat keputusan.
“Sekarang kita ada jentera pilihan raya, kita serah pada jentera. Siapa yang hendak bantu kita bersyukur.
“Soal atas pentas mana tentu parti buat keputusan, saya sambut baik siapa sahaja yang hendak membantu,” katanya pada Program Agenda Malaysia Baharu bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MTIC) Ayer Keroh, di sini pada malam Khamis.
Majlis turut dihadiri kira-kira 1,000 pemimpin dan ahli PKR negeri Melaka.
Terdahulu, anggota Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Nazri Aziz dilaporkan menyatakan hasrat untuk berkempen bagi pihak Anwar pada PRK Port Dickson.
Antara nama lain yang turut dilaporkan menyatakan hasrat sama ialah Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos.
Sementara itu, ketika diaju soal tahap kesihatannya untuk meneraju khidmat sebagai Ahli Parlimen dan bakal perdana menteri kelapan, beliau yakin keadaan kesihatannya yang hanya memerlukan rawatan fisioterapi sekali seminggu tidak akan menjejaskan khidmat baktinya kepada rakyat.
PRK Port Dickson diadakan selepas penyandang kerusi kawasan berkenaan Datuk Danyal Balagopal Abdullah pada Rabu melepaskan jawatan bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding untuk menyertai kembali Parlimen dan seterusnya membolehkan beliau menjadi perdana menteri kelapan.
Anwar baru-baru ini menang tanpa bertanding jawatan Presiden PKR.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Jamal Md Yunos
#Nazri Aziz
#Pakatan Harapan
#PAS
#pilihan raya kecil
#PKR
#Port Dickson
#PRK
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan