awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
SHMMP: KPDN Perak tempatkan 195 penguat kuasa, 75 pegawai pemantau harga
Neelofa rasmi pemegang saham majoriti syarikat teknologi gaya hidup TheNoor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nazri kemuka tarikh baharu debat dengan Dr Mahathir

Bernama
Bernama
21/03/2017
15:37 MYT
Nazri kemuka tarikh baharu debat dengan Dr Mahathir
Nazri berkata beliau telah meminta pihak penganjur untuk mengadakan debat itu di kawasan pejabat Kumpulan Media Karangkraf di Shah Alam pada 7 April depan. - Gambar fail
Anggota Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mengemukakan tarikh dan lokasi baharu untuk berdebat dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selepas polis tidak memberi permit bagi mengadakan program itu di lokasi asal.
Katanya beliau telah meminta pihak penganjur untuk mengadakan debat itu di kawasan pejabat Kumpulan Media Karangkraf di Shah Alam pada 7 April depan.
"Saya minta pihak penganjur supaya debat itu diadakan di kawasan pejabat itu kerana ia tidak memerlukan keizinan pihak polis.
"Ia juga bukan perhimpunan awam. Ia tertakluk dalam kawasan Karangkraf dan mereka dalam proses menghubungi pihak Tun (Dr Mahathir) untuk memberitahu apa yang telah dipersetujui ini," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.
Polis Perak dalam kenyataan hari ini menolak permohonan permit untuk program debat itu kerana penganjur lewat menghantar permohonan bagi program itu yang dijadualkan Sabtu ini.
Lokasi asalnya di Dewan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Kuala Kangsar, Perak, juga mendapat bantahan orang awam dan penduduk di sekitar kawasan itu.
Semasa diminta mengulas mengenai larangan terhadap petugas media daripada berkumpul di lobi Parlimen, Mohamed Nazri yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan berkata perkara itu akan dibincangkan dengan para jemaah menteri.
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini membuat ketetapan melarang petugas media daripada berkumpul di lobi Parlimen berkuat kuasa serta merta.
Beliau hanya membenarkan mereka berada di pusat media yang disediakan. -- Bernama
Topic Berkaitan
#debat
#Hussamuddin Yaacub
#Karangkraf
#Nazri Aziz
#Tun Mahathir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan