awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua kru TLDM terlibat insiden helikopter Super Lynx dirawat di ICU, zon kuning
Objek disyaki serpihan dari angkasa ditemukan di pesisir pantai di Pekan
VM2026 di KL Sentral: Pelawat teruja terima cenderamata, akui rakyat Malaysia peramah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Norashman terbukti tidak berniaga dengan kerajaan - Rizal Mansor

Astro Awani
Astro Awani
26/02/2018
10:58 MYT
Norashman terbukti tidak berniaga dengan kerajaan - Rizal Mansor
Datuk Rizal Mansor berkata berita mengenai Norashman mempunyai saham dalam syarikat Rasa Food Asia membuktikan anak perdana menteri itu menjalankan perniagaan sendiri. - gambar fail
Spekulasi bahawa Norashman Najib terlibat dalam perniagaan quinoa melalui syarikat Rasa Food Asia Sdn Bhd membuktikan anak lelaki perdana menteri itu tidak terlibat dalam perniagaan dengan kerajaan.
Pegawai Tugas-Tugas Khas Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor berkata berita mengenai Norashman mempunyai saham dalam syarikat Rasa Food Asia membuktikan anak perdana menteri itu menjalankan perniagaan sendiri.
Rizal berkata berita tersebut secara tidak langsung membawa maksud perdana menteri tidak menggunakan kuasanya untuk kepentingan perniagaan ahli keluarganya.
"Ini membuktikan anak PM hari ini tidak terlibat dalam bisnes dengan kerajaan. Anak PM hari ini tiada perniagaan perkapalan.
"Anak PM hari ini tidak mendapat kontrak dari Petronas. Anak PM hari ini tidak menggunakan kuasa bapanya untuk mendapat sebarang projek atau kontrak dari GLC," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pada Khamis lalu Najib memberitahu beliau menggantikan beras dengan quinoa sebagai dietnya untuk menjaga kesihatan.
Kata perdana menteri quinoa itu diperkenalkan oleh anak lelaki beliau.
Topic Berkaitan
#diet
#kerajaan
#makanan
#Malaysia
#Najib Razak
#Norashman Najib
#perniagaan
#quinoa
#Rasa Food Asia
#Rizal Mansor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan