Berita  |  Politik

Nothing to Hide 2.0: Tun M dan Siti Hasmah selamat, dalam keadaan baik

Nothing to Hide 2.0: Tun M dan Siti Hasmah selamat, dalam keadaan baik
Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali disahkan berada dalam keadaan baik dan selamat. -Foto daripada sinar.tv
SHAH ALAM: Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali disahkan berada dalam keadaan baik dan selamat.

Perkara itu dimaklumkan oleh pegawai khas kepada bekas perdana menteri itu.
Kedua-dua mereka hampir diserang dalam kekecohan yang berlaku dalam program Nothing To Hide 2.0 yang berlangsung di Dewan Raja Muda Musa, di sini.

Insiden kerusi terbang dan pembakaran suar berlaku ketika Dr Mahathir sedang berucap.