Anak Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh dilihat meninggalkan kediaman bapanya kira-kira jam 10.50 pagi tadi.

Beliau dilihat meninggalkan kediaman itu selepas 10 minit tiba, dengan menaiki sebuah kenderaan.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilihat beredar dari kediaman itu kira-kira jam 8.23 pagi.

Selepas setengah jam, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula dilihat keluar meninggalkan kediamannya dan terus ke Putrajaya.



Selepas Nurul Izzah keluar, adiknya Nurul Nuha juga dilihat meninggalkan kediaman tersebut.

Ketika ini, bilangan kenderaan peronda polis dilihat bertambah di sekitar kawasan kediaman itu.