awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Remaja lelaki maut, tujuh cedera kemalangan lapan motosikal di Lebuhraya BKE
Taiwan senarai virus Nipah sebagai Penyakit Kategori 5 susulan wabak di India
Ops Khas: JPJ sita enam kereta mewah bernilai RM1.5 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Orang Melayu tiada pilihan selain pilih UMNO - Ismail Sabri

Bernama
Bernama
10/08/2015
01:47 MYT
Orang Melayu tiada pilihan selain pilih UMNO - Ismail Sabri
ISMAIL SABRI: Perpecahan hanya merugikan orang Melayu yang akhirnya akan menyebabkan pemerintahan negara dikuasai oleh orang lain. -Gambar fail
Suasana politik negara yang getir pada masa kini menjadikan orang Melayu dan bumiputera di negara ini tidak mempunyai pilihan selain mengekalkan UMNO sebagai tonggak pemerintah di negara jika mahu masa depan mereka serta agama Islam terus terbela.
Anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perpecahan hanya akan merugikan orang Melayu yang akhirnya akan menyebabkan pemerintahan negara dikuasai oleh orang lain.
"Jadi pilihan orang Melayu adalah mengekalkan pemerintahan Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi UMNO ataupun terus biarkan ia diruntuhkan," katanya.
Ismail Sabri, yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan dasar ketua bahagian pada mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bera di Kompleks Rakan Muda, di sini, hari ini.
Dalam masa yang sama, katanya fitnah yang dilemparkan terhadap presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu ditolak kerana ia akan melemahkan parti menjelang pilihan raya umum akan datang.
Dalam masa yang sama, beliau juga mengingatkan jentera UMNO supaya turut membantu parti menjelaskan kepada agar umbi dan rakyat tentang isu-isu semasa yang dibangkitkan melalui laman sosial.
Topic Berkaitan
#Ismail Sabri
#Melayu
#perpecahan
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan