awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
Iran tidak akan runding program misil - Araghchi
Lelaki hilang dipercayai dibaham buaya di Kinabatangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Pakatan Harapan akan bungkus' - Tengku Adnan

Anthea Yap
Anthea Yap
24/09/2015
14:48 MYT
'Pakatan Harapan akan bungkus' - Tengku Adnan
Pakatan Harapan dibentuk selepas Pakatan Rakyat dikatakan tidak lagi berfungi dengan ketiadaan Pas. - Gambar Fail
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yakin Pakatan Harapan tidak akan bertahan lama.
Jelasnya, Pakatan Harapan bakal menerima nasib yang sama seperti Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini yang berpecah kerana krisis dalaman.
"Saya rasa Pakatan Harapan akan bungkus. Tidak ada Pakatan dan mereka cuba meniru Barisan Nasional kerana parti itu adalah parti berbilang kaum di negara ini", katanya selepas majlis sambutan Hari Raya Aidiladha di Depoh Perbadanan Putrajaya hari ini.
Pakatan Harapan dibentuk selepas Pakatan Rakyat dikatakan tidak lagi berfungi dengan ketiadaan Pas.
Pembentukan Pakatan Baru itu yang meminggirkan Pas dibuat dalam persidangan meja bulat pembangkang pada Selasa.
Sementara itu, ditanya sama ada Pas akan menyertai Barisan Nasional, Tengku Adnan berkata, ia terserah kepada parti berkenaan.
"Saya tidak tahu, kami terbuka bukan hanya kepada Pas tetapi kalau DAP ingin menyertai BN juga boleh. Tiada masalah" katanya.
Topic Berkaitan
#hari raya aidiladha
#Pakatan Harapan
#Pakatan Rakyat
#Tengku Adnan Tengku Mansor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan