awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gajah mengamuk bunuh enam orang di timur India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pakatan Harapan cuba baiki imej sebelum PRU14 - Annuar

Bernama
Bernama
14/07/2017
23:34 MYT
Pakatan Harapan cuba baiki imej sebelum PRU14 - Annuar
ANNUAR: Mereka cuba melindungi hakikat bahawa pakatan pembangkang itu sebenarnya dipimpin oleh DAP.
Struktur kepimpinan baharu Pakatan Harapan adalah usaha pembangkang untuk memperbaiki imej mereka sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata mereka cuba melindungi hakikat bahawa pakatan pembangkang itu sebenarnya dipimpin oleh DAP.
"Mereka sangka pilihan raya sudah dekat dan mereka kelam-kabut, mereka cuba mengeluarkan satu senarai kepimpinan yang sebenarnya menggambarkan mereka berhadapan dengan masalah dan cuba melindungi keadaan sebenar bahawa Pakatan Harapan dipimpin oleh DAP," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyertai Larian Obor Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) yang kini dalam siri jelajah negara, di Parlimen Ketereh di sini, pada Jumaat.
Annuar yang juga Anggota Parlimen Ketereh percaya pakatan itu tidak kukuh kerana pelantikan barisan pimpinannya tidak dibuat secara konsensus.
Semalam, Pakatan Harapan mengumumkan struktur kepimpinan baharu yang diterajui Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Pengerusi, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Ketua Umum) dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR-Presiden).
Pakatan itu turut menamakan Tan Sri Muhyiddin Yassin (PPBM), Lim Guan Eng (DAP) dan Mohamad Sabu (Amanah) sebagai Timbalan Presiden.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Annuar Musa
#Anwar Ibrahim
#Lim Guan Eng
#Mahathir Mohamad
#Muhyiddin Yassin
#Pakatan Harapan
#pembangkang
#pilihan raya
#pilihan raya umum
#PRU14
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan