awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Maritim Malaysia perkasa infrastruktur dan aset, pastikan kedaulatan perairan terpelihara
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pakatan Harapan ikat perjanjian

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
09/01/2016
05:59 MYT
Pakatan Harapan ikat perjanjian
Gabungan PKR, DAP dan Parti Amanah Negara diharap dapat memberi struktur yang lebih tersusun antara ketiga-tiga parti. - Gambar hiasan
Setelah 110 hari, Pakatan Harapan telah menandatangani perjanjian bersama antara ketiga-tiga parti yang menganggotainya bagi membentuk kesatuan politik yang mampan.
Gabungan pembangkang berharap perjanjian yang dimeterai itu dapat memberi struktur yang lebih tersusun dalam kerjasama antara PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).
Terdapat tujuh fasal dalam perjanjian berkenaan yang menyentuh perkara-perkara seperti prinsip dalam membuat keputusan bersama, pembinaan kesatuan politik, prinsip penyelesaian pertikaian, dasar bersama, perjalanan pilihan raya, perjalanan kerajaan dan pembangkang serta perlanggaran dalam kerjasama.
Fasal-fasal tersebut dibentangkan di Persidangan Pimpinan Pakatan Harapan oleh Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke dan Amanah, Suhaizan Kaiat.
Selain itu, perjanjian yang pertama kali dibuat dalam sejarah ini ditandatangani Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu.
Pakatan Harapan dibentuk pada 22 September 2015 selepas tamatnya kerjasama politik antara PAS, PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat pada Jun tahun lepas.
Topic Berkaitan
#DAP
#Pakatan Rakyat
#Parti Amanah Negara
#perjanjian bersama
#Persidangan Pimpinan Pakatan Harapan
#Wan Azizah Wan Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan