Pakatan Harapan kini sudah berdaftar

Pakatan Harapan kini sudah berdaftar
akatan Harapan merupakan gabungan empat parti yang terdiri daripada PKR, DAP, Amanah dan PPBM.
KUALA LUMPUR: Gabungan parti pemerintah Pakatan Harapan telah didaftarkan secara sah di bawah Pendaftar Pertubuhan (RoS) hari ini.

Sijil pendaftaran parti tersebut ditandatangani Ketua Pengarah RoS, Surayati Ibrahim.
Pakatan Harapan merupakan gabungan empat parti yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Ia ditubuhkan pada September 2015 dan telah berulang kali mencuba untuk didaftarkan sebagai gabungan politik secara rasmi di bawah RoS.

Difahamkan juga, kenyataan rasmi berhubung pendaftaran itu akan dibuat oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) esok, kata Ketua Sekretariat PH, Datuk Saifuddin Abdullah.