Tutup

Pakatan Harapan umum calon yang boleh menang

Pakatan Harapan umum calon yang boleh menang
Sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Manifesto Harapan Pahang, di sini, hari ini. Astro AWANI
KUANTAN: Pakatan Harapan (PH) Pahang mengumumkan secara rasmi senarai calon bagi 14 kerusi Parlimen dan 42  kerusi DUN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Melalui pembahagian kerusi yang diputuskan, PKR akan bertanding di 13 kerusi DUN dan empat Parlimen manakala DAP membariskan lapan DUN,  tiga Parlimen dan Amanah mempertaruhkan 11 DUN dan satu Parlimen manakala Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bertanding di sembilan DUN dan enam Parlimen.
Pengerusinya, Datuk Fauzi Abdul Rahman berkata, rata-rata calon yang membarisi PH adalah muka baharu dan juga golongan anak muda.

"Tidak pernah ada apa yang dikatakan calon yang sempurna, tidak ada perkara seperti itu, 100 peratus menang tak ada. Tapi kriteria yang digunakan oleh setiap parti ini tadi adalah saringan dia adalah kebolehan untuk menang," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita dalam satu sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Manifesto Harapan Pahang, di sini, hari ini.

Namun tambah Fauzi keutamaan lain adalah daripada segi kepintaran sebagai pemimpin, amanah bukan sahaja kepada Tuhan masing tetapi sesama manusia dan alam sekitar manakala amal iaitu bersedia untuk bekerja memikul tanggungjawab yang berat.

PRU14 ini bakal menyaksikan pertandingan sekurang-kurangnya tiga penjuru bagi kesemua kerusi DUN dan Parlimen di negeri ini.

Dalam pada itu, Fauzi turut mengatakan keyakinan bahawa parti gabungan blok terbabit yakin untuk menawan negeri ini.

Senarai calon Pakatan Harapan Pahang

P.082 INDERA MAHKOTA – SAIFUDDIN BIN ABDULLAH
P.083 KUANTAN – FUZIAH BINTI SALLEH
P.090 BERA – ZAKARIA BIN ABDUL HAMID
P.091 ROMPIN – SITARUNISAH BINTI AB KADIR
N.04 CHEKA – RASID BIN MUHAMAD
N.05 BENTA – SABARUDDIN BIN MOHD YASSIM
N.06 BATU TALAM – DASIMAH BINTI ZAINUDDIN
N.10 DAMAK – WONG CHUN YUAN
N.13 SEMAMBU – LEE CHEAN CHUNG
N.14 TERUNTUM – SIM CHONG SIANG
N.16 INDERAPURA – FAKHRUL ANUAR BIN ZULKAWI
N.17 SUNGAI LEMBING – FAUZI BIN ABDUL RAHMAN
N.19 PANCHING – KAMARZAMAN BIN MOHAMED YUNUS
N.23 CHINI – MOHAMAD RAZALI BIN ITHNAIN
N.24 LUIT – ROSLI BIN AMIN
N.25 KUALA SENTUL – BOSTAMIN BIN BAKAR
N.31 LANCHANG – ABAS BIN AWANG
N.39 KEMAYAN – MANOLAN BIN MOHAMAD