awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pakatan Harapan yakin dapat buktikan sokongan kepada Agong - Salahuddin

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
29/02/2020
09:48 MYT
Pakatan Harapan yakin dapat buktikan sokongan kepada Agong - Salahuddin
SALAHUDDIN: 'Kami akan cuba tunjukkan bukti akuan bersumpah." - Gambar fail
Pakatan Harapan akan membuat rayuan terhadap keputusan Yang di-Pertuan Agong berhubung pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan.
Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata Pakatan Harapan (PH) akan mengemukakan bukti akuan bersumpah yang ditandatangani ahli parlimen menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Kami akan cuba serahkan bukti melalui akuan bersumpah. Kita akan cuba menggumpulkan bukti itu, kerana tempoh masa yang diberikan Istana semalam mengizinkan kami untuk mengumpulkan bukti-bukti itu,” katanya kepada media di luar Hotel Eastin, pada Sabtu di sini.
Beliau juga menjelaskan semua pemimpin PH kini akan bermesyuarat di pejabat Dr Mahathir di Yayasan Al-Bukhary untuk membincangkan proses rayuan kepada Agong.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Presiden Bersatu,Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan selaras dengan Perkara 402(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.
Dalam satu kenyataan media, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata baginda berpandangan Muhyiddin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Mahathir letak jawatan
#Muhyiddin Yassin
#Muhyiddin Yassin PM ke-8
#Pakatan Harapan
#Parti Amanah Negara
#Perdana Menteri
#Salahuddin Ayub
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan