awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Projek RTB atasi masalah banjir kilat di Taman Sejahtera - Exco
PBB sambut baik pembukaan semula pintu sempadan Rafah - Jurucakap
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pantun Pekan ke Pagoh rayu Najib, Muhyiddin berbaik

Harits Asyraf Hasnan, Syah Hairizal Kamalul Arifin
Harits Asyraf Hasnan, Syah Hairizal Kamalul Arifin
10/12/2015
13:43 MYT
Pantun Pekan ke Pagoh rayu Najib, Muhyiddin berbaik
Mustafa (gambar) melihat kerjasama antara pemimpin kanan parti menjadi contoh kepada kepimpinan di peringkat akar umbi. - Foto Astro AWANI
Menyatukan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi isu utama dalam sesi perbahasan Ucapan Dasar Presiden hari ini.
Namun, bait-bait pantun Perwakilan UMNO Melaka, Mustafa Musa mencuri tumpuan perwakilan.
"Dari Pekan ke Teluk Cempedak, Singgah di Pagoh Tan Sri menanti, Bercerai kasih bertalak tidak, Ibarat rambut bersimpul mati"
"Berdamailah, berdamailah dengan semangat UMNO dan Melayu. Berdamailah. Saya rayu pendamaian (akan) dapat direalisasikan," kata Mustafa sambil mendapat tepukan gemuruh perwakilan di dalam Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
Jelas, menerusi pantun itu, perwakilan mahu hubungan antara Presiden dan Timbalan Presiden perlu diperkukuhkan semula dalam meneruskan kelangsungan UMNO.
Malah, dalam perbahasannya juga, Mustafa melihat kerjasama antara pemimpin kanan parti menjadi contoh kepada kepimpinan di peringkat akar umbi.
Justeru, beliau berharap selepas ini, antara Najib dan Muhyiddin tidak lagi wujud sebarang konflik serta adu domba yang akan mencemar imej UMNO sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Melayu.
Selain Mustafa, beberapa perwakilan lain yang membahaskan Ucapan Dasar Presiden turut membahaskan isu berkenaan hubungan antara Najib dan Muhyiddin.
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#Najib Razak
#Pagoh
#pantuun
#Pekan
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan