awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Mangsa ragut warga emas cedera selepas diseret 10 meter di Ketereh
Bekas Ketua Perisikan, pegawai kanan ATM antara didakwa kes rasuah esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Papagomo mahu tanding EXCO Pemuda UMNO

Isabelle Leong
Isabelle Leong
06/06/2018
03:51 MYT
Papagomo mahu tanding EXCO Pemuda UMNO
Papagomo membuat pengumuman di laman Instagramnya yang dimuat naik dengan menggunakan hashtag #Azri4ExcoPemuda dan #Gomo4exco pada malam Selasa. - Instagram/sir_azri_official
BLOGGER, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo, menawarkan diri untuk bertanding jawatan EXCO Pergerakan Pemuda UMNO pada pemilihan parti yang bakal menjelang.
Papagomo membuat pengumuman tentang hasratnya untuk bertanding di laman Instagram peribadinya dengan menggunakan hashtag #Azri4ExcoPemuda dan #Gomo4exco pada malam Selasa.
Assalamulaikum wbt, saya dengan ini menawarkan diri bagi jawatan Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia pada pemilihan UMNO bagi penggal 2018-2021. . Dengan penuh rendah diri, saya memohon sokongan dari semua ahli UMNO untuk memberikan saya peluang dalam berkhidmat dan bangkit bersama barisan kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. . BERANI
"Saya dengan ini menawarkan diri bagi jawatan Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia bagi penggal 2018-2021.
"Dengan penuh rendah diri, saya memohon sokongan dari semua ahli UMNO untuk memberikan saya peluang dalam berkhidmat dan bangkit bersama barisan kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia," katanya.
Berhubung dengan niatnya untuk bertanding, Papagomo berkata dia ingin membantu Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan UMNO dalam memenangi hati dan sokongan rakyat terhadap parti tersebut.
#inkjwetrust
A post shared by Sir Azri (@sir_azri_official) on
Jun 5, 2018 at 12:46pm PDT
"Jika ditakdirkan dipilih kelak, tugas aku adalah membantu KJ (Khairy) dan parti keramat UMNO.
"Soal siapa Ketua Pemuda kelak adalah terserah kepada perwakilan. Tetapi untuk kita memenangi hati rakyat kelak ianya adalah tugas berat yang KJ terpaksa pikul.
"Dan aku mahu membantu KJ dalam memastikan rakyat kembali menyokong UMNO/Barisan Nasional pada PRU15," jelasnya.
Papagomo pernah menjawat jawatan AJK UMNO Bahagian Wangsa Maju (2013-2018) dan juga merupakan Presiden NGO Malaysia Bumiputera Brotherhood (2014 hingga kini).
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#blogger
#Exco Pemuda UMNO
#Papagomo
#Pemuda UMNO
#UMNO
#Wan Muhammad Azri Wan Deris
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan