awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
Konvensyen PKR Selangor: ‘Yang tak mahu kerja, keluar’ - Anwar
Astro perkasa kebersamaan menerusi 'Assalamualaikum Terengganu' dengan tema 'Bila Bersama Lagi Jadi'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Parlimen dibubarkan

Haider Yutim
Haider Yutim
03/04/2013
03:13 MYT
Parlimen dibubarkan
Pengumuman tersebut dibuat selepas Perdana Menteri menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah di Istana Negara pagi ini bagi mendapatkan perkenan Seri Paduka. - Gambar fail
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Parlimen dibubarkan hari ini bagi membolehkan proses pilihan raya umum ke-13 bermula.
Perdana Menteri membuat pengumuman itu di pejabatnya pada pukul 11.30 pagi tadi.
Pengumuman tersebut dibuat selepas Perdana Menteri menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah di Istana Negara pagi ini bagi mendapatkan perkenan Seri Paduka.
"Selaras dengan Perlembagaan Persekutuan, baginda telah memperkenankan bagi Parlimen dibubarkan berkuat kuasa hari ini," kata Najib dalam pengumuman yang disiarkan secara langsung melalui televisyen.
Mengikut Perlembagaan Persekutuan, Suruhanjaya Pilihan Raya perlu mengadakan pilihan raya dalam masa 60 hari iaitu sebelum 2 Jun ini.
Dalam pengumumannya, Najib turut menyeru semua Menteri Besar dan Ketua Menteri untuk memohon perkenan daripada ketua negeri masing-masing untuk perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri bagi membolehkan pilihan raya umum dijalankan serentak.
DUN Negeri Sembilan telah bubar secara automatik pada 28 Mac manakala Sarawak baru mengadakan pilihan raya negeri pada 16 April 2011.
Laporan Storify oleh wartawan Astro AWANI.
Topic Berkaitan
#bubar
#DUN Negeri Sembilan
#Parlimen
#Perdana Menteri
#pilihan raya umum
#PRU-13
#PRU13
#Suruhanjaya Pilihan Raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan