awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPKT umum RM3 juta bina enam Taman MADANI di Pulau Pinang
Amaran ribut petir di empat negeri, Kuala Lumpur hingga 9 malam ini
'Kenapa takut dengan DAP jika tidak takut dengan Gerakan, MCA?' - Johari Ghani
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Parti baharu untuk kaum India tunggu kelulusan RoS

Bernama
Bernama
08/09/2018
09:52 MYT
Parti baharu untuk kaum India tunggu kelulusan RoS
WAYTHA MOORTHY: Objektif utama parti ialah melindungi, mempromosi dan membawa kepentingan kaum India di Malaysia.
Sebuah parti politik baharu untuk kaum India di negara ini dikenali Malaysian Advancement Party (MAP) kini dalam proses penubuhan dan sedang menunggu kelulusan pendaftaran daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).
Pengerusi penaja Senator P. Waytha Moorthy berkata permohonan untuk penubuhan parti politik baharu itu telah dimajukan kepada RoS oleh jawatankuasa penaja MAP dua minggu lalu.
"Objektif utama parti ialah melindungi, mempromosi dan membawa kepentingan kaum India di Malaysia dalam politik, ekonomi, pendidikan, kebudayaan, agama dan sosial.
"Menerusi kelahiran parti politik baharu ini, wujud harapan dan peluang baharu bagi kaum India di negara ini dalam memastikan suara mereka diwakili dengan lebih berkesan agar tiada yang terpinggir," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Waytha Moorthy yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata kaum India akan berpeluang untuk menikmati kemajuan dan pembangunan yang dikecapi negara dengan lebih menyeluruh.
"Ia akan mengusahakan pemerkasaan dan penambahbaikan kaum India seiring Perlembagaan Persekutuan dalam meningkatkan kedudukan sosioekonomi serta menggalakkan perpaduan di negara ini," katanya.
Waytha Moorthy berkata parti itu juga akan bekerja dan menyertai semua parti komponen Pakatan Harapan untuk meningkatkan agenda pembaharuan di bawah 'Malaysia Baharu'.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Pendaftaran Pertubuhan
#kaum india
#map
#parti politik
#ros
#Waytha Moorthy
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan