awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hujan lebat di California ragut tiga nyawa
21 buah rumah terkesan banjir kilat di Simpang Pulai
‘Picasso’ bola sepak, John Robertson meninggal dunia pada usia 72 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Parti LDP keluar Barisan Nasional serta-merta

Ruzaini Zulkepli
Ruzaini Zulkepli
11/05/2018
17:04 MYT
Parti LDP keluar Barisan Nasional serta-merta
TEO (tengah) dalam sidang medianya malam tadi. - Foto Astro AWANI/Ruzaini Zulkepli
Parti Liberal Demokratik (LDP) mengumumkan keluar daripada Barisan Nasional (BN) berkuatkuasa serta-merta.
Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat tergempar LDP di Kota Kinabalu, Sabah malam tadi.
Presiden LDP, Datuk Teo Chee Kang berkata keputusan itu dibuat setelah mengambil kira keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) di mana rakyat telah menolak BN.
LDP juga tewas di kesemua 5 kerusi ditandingi di Sabah iaitu di Parlimen Sandakan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Kapor, DUN Merotai, DUN Karamunting dan DUN Likas.
Teo juga mempertimbangkan untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden LDP yang dipegangnya sejak 2014 pada pemilihan parti tahun ini.
"Dalam mesyuarat tergembar kita sebentar tadi, LDP telah mengambil keputusan untuk keluar daripada BN.
"Hal ini, bermakna, kami akan berdiri sebagai parti yang tidak terikat dengan mana-mana gabungan dan teruskan berjuang sejajar dengan teras perjuangan parti," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media di ibu pejabat LDP, hari ini.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Karamunting
#Kota Kinabalu
#LDP
#Likas
#Merotai
#Parti Liberal Demokratik
#PRU14
#Sandakan
#tanjong kapor
#Teo Chee Kang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan