awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Parti Warisan Sabah dapat kelulusan, Shafie Apdal selaku presiden

Nuradilla Noorazam
Nuradilla Noorazam
17/10/2016
04:38 MYT
Parti Warisan Sabah dapat kelulusan, Shafie Apdal selaku presiden
Shafie yang hadir tepat jam 9 pagi membawa logo baharu parti tersebut yang diinspirasikan daripada kapal layar dan berwarna biru dan merah. -Astro AWANI/Nuradilla Noorazam
Penukaran nama parti asal Sabah yang diambil alih bekas Naib Presiden UMNO Datuk Seri Shafie Apdal diluluskan Pejabat Pendaftaran Pertubuhan di Putrajaya, hari ini.
Parti yang dahulu dikenali sebagai Parti Pertubuhan Warisan Sabah yang diluluskan pada 2013 kini dikenali sebagai Parti Warisan Sabah (Warisan).
Shafie yang hadir tepat jam 9 pagi membawa logo baharu parti tersebut yang diinspirasikan kapal layar dan berwarna biru dan merah.
"Sebagai Presiden parti, saya mengumumkan bahawa logo ini membawa maksud jalinan penyatuan di antara pantai timur dan selatan Sabah.
"Setakat ini Warisan mempunyai keahlian yang lebih 'senior' daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
"Warisan mempunyai dua Ahli Parlimen dan tiga Ahli Dewan Negeri iaitu Daryll Leiking, Junz Wong, Peter Anthony Dan Datuk Dr Jaujan Sambakong," katanya.
Tambah Shafie, Leiking menjawat jawatan Timbalan Presiden, manakala Wong, Anthony dan Sambakong adalah Naib Presiden.
Parti Warisan Sabah bakal dilancarkan secara rasmi di Kota Kinabalu dalam masa terdekat.
Topic Berkaitan
#Parti Pertubuhan Warisan Sabah
#Parti Warisan
#Penukaran nama parti
#Shafie Apdal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan