awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agihan fidyah jamin kebajikan rakyat di Kedah - Raja Muda Kedah
Curi kabel rel: Ini amaran, jangan sampai nyawa tergadai - Loke
Polis minta bantuan kesan remaja lelaki hilang di Sungai Buloh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PAS adalah rakan tahaluf siyasi PKR, tegas Hadi

Astro Awani
Astro Awani
10/12/2015
15:37 MYT
PAS adalah rakan tahaluf siyasi PKR, tegas Hadi
ABDUL HADI: PAS juga akan terus berjuang menolak mungkar politik, amalan salah guna kuasa dan tadbir urus, dan kerosakan akhlak serta rasuah. - Gambar fail
PAS menyatakan komitmen untuk terus bekerjasama sebagai rakan tahaluf siyasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), meskipun selepas dihulurkan 'tali silaturahim' oleh UMNO.
Menurut Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, buat masa ini beliau tetap dengan keputusan itu sebagaimana yang dicapai dalam Muktamar parti tersebut.
"PAS ingin menegaskan bahawa pada waktu ini, PAS adalah rakan Tahaluf Siyasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan komited dengan kerjasama ini sebagaimana yang dicapai dalam Muktamar dan diluluskan oleh Majlis Syura Ulama PAS Pusat.
Bagaimanapun katanya, kini merupakan masa yang sangat sesuai untuk UMNO kembali kepada Islam serta mengamalkan cara hidup Islam dalam segenap sendi perjuangannya, samada politik, sosial mahu pun ekonomi.
"PAS beriman kepada Allah bahawa pintu taubat tidak pernah ditutup dan rasa keinsafan yang murni adalah kunci mendapat keampunan dari Allah SWT," tegas Abdul Hadi.
Di samping itu, katanya PAS juga akan terus berjuang menolak mungkar politik, amalan salah guna kuasa dan tadbir urus, dan kerosakan akhlak serta rasuah dalam praktis bernegara.
"Berdasarkan prinsip inilah, maka sebarang perkembangan baharu dalam gerak politik PAS akan dinilai, dibincang, dan diputuskan pada pelbagai peringkat proses dalaman parti, termasuklah perbincangan oleh Jawatankuasa PAS Pusat sehingga mencapai keputusan secara kolektif," katanya dalam satu kenyataan media pada Khamis.
Katanya, lebih enam dekad PAS berjuang membawa Islam dan syariatnya dalam meletakkan agama sebagai teras pemerintahan dan penyatuan ummah.
Dalam ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO 2015 pada Khamis, Presidennya Datuk Seri Najib Razak telah secara terbuka menghulurkan tali silaturahim kepada PAS untuk bekerjasama dengan parti itu, kerana dilihat tidak lagi bersama pembangkang.
"Maka saudara dan saudari, kita di dalam UMNO, berasa lega, malah gembira, pabila PAS, kini tidak lagi bersama pakatan pembangkang.
"Dengan hati yang terbuka dan nubari yang merdeka, kita hulurkan tali silaturrahim, kita hulurkan ikatan ukhuwah menuju kesempurnaan membina sebuah Malaysia di atas syariatnya," kata Najib.
Selain itu, Najib turut mengkritik sikap DAP yang 'tidak pernah bersatu hati dengan pakatan mereka', serta meragui kebolehan parti itu menerajui pemerintahan negara.
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#kerjasama politik
#PAS
#PKR
#tahaluf siyasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan