awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PAS akan bertanding di Rompin, bantu PKR di Permatang Pauh

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
13/04/2015
09:04 MYT
PAS akan bertanding di Rompin, bantu PKR di Permatang Pauh
PAS akan bertanding di Rompin, bantu PKR di Permatang Pauh
PAS akan meletakkan calonnya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin yang dijadual diadakan pada 5 Mei nanti, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.
Manakala untuk PRK Permatang Pauh pada 7 Mei nanti, PAS komited untuk membantu PKR mengekalkan kerusi tersebut.
Keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang diadakan di ibu pejabat PAS, Jalan Raja Laut, hari ini.
"Dalam mesyuarat tersebut, PAS memutuskan untuk melantik Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu sebagai Pengarah Pilihan Raya PAS bagi membantu jentera kempen PKR dalam PRK Permatang Pauh.
"Manakala bagi PRK Rompin, Naib Presiden yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilantik sebagai pengarah pilihan raya," kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.
Mengulas peluang PAS dalam PRK Rompin, Tuan Ibrahim berkata pihaknya mengambil peluang untuk bertanding dalam pilihan raya itu bagi menjelaskan beberapa isu yang timbul mutakhir ini.
Biarpun berdepan cabaran daripada parti lawan yang menang dengan majoriti besar sebelum ini, Tuan Ibrahim berkata, tiada yang mustahil dalam pilihan raya.
"Kami akan menggunakan peluang yang ada untuk menjelaskan isu-isu yang timbul akhir-akhir ini dan kami serahkan kepada pengundi untuk tentukan.
"Pilihan raya kecil ada masanya merupakan satu peluang untuk penduduk setempat mendapat manfaat seperti dapat jalan raya baharu dan sebagainya," katanya kepada pemberita.
Dalam pada itu, Mohamad menaruh keyakinan PKR akan mengekalkan kerusi Permatang Pauh dan menegaskan PAS akan menerima siapa sahaja calon yang dipilih oleh PKR.
Topic Berkaitan
#Mohamad Sabu
#Mustafa Ali
#PAS
#Permatang Pauh
#Rompin
#Tuan Ibrahim Tuan Man
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan