awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pas, Berjasa bertembung di kerusi parlimen Cameron Highlands, DUN Batu Kurau

Astro Awani
Astro Awani
29/04/2018
12:26 MYT
Pas, Berjasa bertembung di kerusi parlimen Cameron Highlands, DUN Batu Kurau
Difahamkan Berjasa kecewa kerana parti itu hanya diberikan di kawasan majoriti pengundi Cina manakala Pas membolot semua kerusi yang majoritinya pengundi Melayu.
Pas dan Berjasa yang sebelum ini membentuk gabungan yang dinamakan Gagasan Sejahtera bertembung sesama sendiri di kerusi Parlimen P.078 Cameron Highlands dan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.07 Batu Kurau.
Menerusi semakan di senarai calon yang bertanding di laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), calon Pas di kerusi parlimen Cameron Highlands, Cikgu Wan Mahadir akan bersaing dengan calon Berjasa, Ustaz Tahir dan tiga lagi calon lain, Manogaran (PKR), Datuk Sivarraajah Chandran (BN) dan Suresh Kumar (PSM).
Manakala di kerusi DUN Batu Kurau, calon Pas, Ustaz Shahir Hassan bertembung calon Berjasa, Zainal Abdidin Abd rahman dan dua calon lain Muhamad Aiman Aizudin (PKR) dan Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria.
Senarai calon di parlimen P.078 Cameron Highlands di laman sesawang SPR
Senarai calon di parlimen P.078 Cameron Highlands di laman sesawang SPR
Senarai calon yang bertanding di Dun N.07 Batu Kurau di laman sesawang SPR
Senarai calon yang bertanding di Dun N.07 Batu Kurau di laman sesawang SPR
Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasruddin Hassan dilaporkan menafikan Berjasa telah keluar dari Gagasan Sejahtera ekoran berlaku pertembungan di Parlimen Cameron Highlands dan DUN Batu Kurau.
Difahamkan Berjasa kecewa kerana parti itu hanya diberikan di kawasan majoriti pengundi Cina manakala Pas membolot semua kerusi yang majoritinya pengundi Melayu.
Gagasan Sejahtera yang dianggotai Pas, Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan Berjasa ditubuhkan pada 2016 selepas terkuburnya Pakatan Rakyat.
Topic Berkaitan
#Batu Kurau
#Berjasa
#Cameron Highlands
#DUN
#Gagasan Sejahtera
#Malaysia
#MalaysiaMemilih
#Pahang
#Parlimen
#PAS
#Perak
#PRU14
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan