awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pas berpegang janji, tidak diberitahu keputusan UMNO enggan sertai PN

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
01/08/2020
08:06 MYT
Pas berpegang janji, tidak diberitahu keputusan UMNO enggan sertai PN
Pas tidak diberitahu mengenai keputusan UMNO tidak menyertai PN sebelum ini. Gambar fail
Pas sekali lagi menegaskan parti itu menyokong kerajaan yang dibentuk Perikatan Nasional (PN) dipimpin Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata pihaknya tidak mempunyai masalah menyatakan sokongan berkenaan dan akan terus bersama dalam kerajaan PN.
"Berdasarkan perjanjian dan kita (sebagai) parti Islam, kita berpegang pada janji.
"Perkembangan (yang berlaku) ialah kita (kini) bersama PN, jadi menjadi tanggungjawab (kita) memperkukuh dan pertahankan kerajaan ini," katanya di sini, pada Sabtu.
Dalam pada itu, Takiyuddin berkata, Pas tidak diberitahu mengenai keputusan UMNO tidak menyertai PN sebelum ini dan tiada perbincangan menenainya di dalam Muafakat Nasional (MN).
Katanya, perkara itu dijangka dibincangkan dalam masa terdekat dan Pas menunggu pelawaan daripada UMNO mengenainya.
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Khamis mengumumkan bahawa UMNO membuat keputusan tidak akan menyertai PN sebagai parti komponen.
Sebaliknya jelas Ahli Parlimen Bagan Datuk itu, UMNO akan terus memperkasakan MN bersama Pas dan komponen Barisan Nasional (BN).
Tambah Zahid sokongan kepada kerajaan PN hanya berlandaskan sokongan Ahli Parlimen UMNO dan BN serta ADUN dalam pembentukan kerajaan pusat dan beberapa negeri.
Topic Berkaitan
#ADUN
#Barisan Nasional
#Islam
#Muhyiddin Yassin
#PAN
#PAS
#Perdana Menteri
#pilihan raya
#pilihan raya umum
#Takiyuddin Hassan
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan