awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKNNS siasat dakwaan pekerja kedai makan basuh lebihan makanan untuk dijual semula
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, mata wang negara serantau
64,295 pelawat Singapura masuki Sarawak pada 2025, catat jumlah tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pas bertanding di lebih 100 kerusi pada PRU akan datang - Takiyuddin

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
23/09/2017
00:28 MYT
Pas bertanding di lebih 100 kerusi pada PRU akan datang - Takiyuddin
Pas akan bertanding di semua kerusi tanpa mengira sama ada ia adalah kerusi bandar atau luar bandar. - Gambar fail
Pas bakal bertanding di lebih 100 kerusi parlimen pada pilihan raya umum ke 14 akan datang.
Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata parti itu juga akan membincangkan mengenai pengagihan kerusi dalam kalangan anggota Gagasan Sejahtera yang turut melibatkan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan Parti Cinta Malaysia (PCM).
Katanya Pas akan bertanding di semua kerusi tanpa mengira sama ada ia adalah kerusi bandar atau luar bandar.
“Kita berunding kalau dia (parti lain dalam Gagasan Sejahtera) ada calon boleh menang. Mereka pun ada persiapan yang cukup, dalam Gagasan Sejahtera kita ada tiga parti komponen.
“Pada 2013, kita bertanding 73 kerusi, baru ini kita buat analisa mungkin lebih 100 kerusi, sasaran untuk menang 40 kerusi bertanding, mungkin lebih dari itu,” katanya selepas majlis Sambutan 50 tahun Pas Kota Bharu malam tadi.
Beliau turut menjelaskan, Pas masih menjadi parti yang diterima rakyat baik di bandar mahu pun di luar bandar.
Menyentuh mengenai Pakatan Harapan, beliau memaklumkan sokongan rakyat Kelantan terhadap Pakatan Harapan dan juga Parti Amanah Negara (Amanah) di negeri itu dianggarkan masih rendah.
Justeru parti itu tidak bimbang dengan penyertaan Pakatan Harapan dalam persaingan kerusi pilihan raya di Kelantan.
Manakala Takiyuddin menjelaskan Amanah dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) merupakan parti serpihan yang baru diwujudkan yang dilihat sukar mendapat kepercayaan rakyat.
Topic Berkaitan
#Amanah
#calon
#Kota Bharu
#Malaysia
#Pakatan Harapan
#Parlimen
#Parti Amanah Negara
#PAS
#pilihan raya
#pilihan raya umum
#PPBM
#Takiyuddin Hassan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan