Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bertegas pendirian parti itu akan bertanding di 130 kerusi parlimen pada PRU-14 depan bukan satu “angan-angan Mat Jenin” seperti yang didakwa.
Kata beliau, sebaliknya perumpamaan “angan-angan Mat Jenin” itu lebih sesuai digunakan kepada parti yang tidak mempunyai cawangan yang kuat serta ahli akar umbi yang lemah.
“Orang mengatakan kita mat jenin, (lazimnya) Mat Jenin ini panjat pokok (dan) bergantung di pelepah yang rapuh kemudian jatuh, tetapi pelepah kita tidak rapuh, kita ada kawasan dan cawangan-cawangan yang kuat.
“Hari ini di 195 kawasan seluruh Malaysia Pas mempunyai ahli hampir satu juta, kita ada tunjang yang kuat, cawangan yang kuat..kita bukan Mat Jenin, orang lain yang Mat Jenin,” katanya ketika berucap merasmikan Wisma Purnama Pas Kawasan Gopeng, di sini pada Sabtu.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengibaratkan hasrat dipasang Pas untuk bertanding di 130 keruasi parlimen sebagai angan-angan Mat Jenin, baru-baru ini.
Dalam pada itu, ketika sidang media sejurus program perasmian berkenaan selesai, beliau juga menemplak kenyataan Naib Presiden PKR, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin yang mendakwa gabungan antara Pas dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia sukar untuk membentuk kerajaan.
"Dia orang luar, dia tak tahu sukar atau tidak..kita sendiri yang memikul tanggungjawab dan kita rasa semakin hari semakin baik dan makin hari makin kuat," kata beliau.
Ditanya mengenai peluang calon-calon Pas untuk menang di Selangor berikutan kegagalan Pakatan Harapan negeri itu mencapai katas putus mengenai pengagihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pula, Abdul Hadi berkata, ia akan bergantung kepada kesungguhan calon-calon parti itu sendiri.
“Peluang itu terpeluang kepada jentera Pas Selangor untuk bekerja lebih kuat, Pas tidak akan bergantung kepada kelemahan parti lain, kita perlu membina kekuatan sendiri,” ujarnya ringkas.
Shafiq Noordin
Sat Feb 03 2018
ABDUL HADI: Hari ini di 195 kawasan seluruh Malaysia Pas mempunyai ahli hampir satu juta.
MYStartup lancar program pemecut ketiga perkasa syarikat pemula niaga
MYStartup terus memperkasa syarikat pemula niaga di Malaysia dengan memulakan program pemecut ketiganya MYStartup Accelerator Kohort 3.
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Memperkukuh keselamatan makanan serantau dan menangani cabaran mendesak perubahan iklim adalah antara agenda utama yang akan diketengahkan Malaysia apabila memegang tampuk Pengerusi ASEAN.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
MARGMA yakin permintaan sarung tangan getah global meningkat pada 2024
Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) yakin permintaan global terhadap sarung tangan getah akan meningkat pada 2024.
Letusan Gunung Ruang: Kualiti udara di Sarawak tidak terjejas
Letusan Gunung Ruang di Indonesia tidak menjejaskan kualiti udara di Sarawak.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April depan.
Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April 2024 bersamaan hari Rabu.
Pas kutuk serangan Israel ke atas Pejabat Kaunselor Iran di Syria
Sewajarnya dunia Islam mengutuk Israel yang bukan sahaja dalang di sebalik serangan ini, malah sedang melakukan jenayah perang di Gaza, kata Abdul Hadi.
Pas harap Prabowo buka dimensi baharu hubungan Malaysia-Indonesia
Abdul Hadi berkata, pihaknya berharap hubungan antara Malaysia dan Indonesia akan menjadi lebih baik dan harmoni di bawah pentadbiran Prabowo.
Umat Islam tidak bersatu angkara penjajah - Abdul Hadi
Penjajahan tersebut berjaya memecahbelahkan perkauman pada generasi kini, tegas Abdul Hadi.
Kertas siasatan Hadi Awang telah dihantar kepada AGC - KPN
PDRM mengesahkan kertas siasatan membabitkan kenyataan Abdul Hadi bertajuk 'Ketinggian Islam wajib dipertahankan' telah dihantar kepada AGC.
Isu pencen: 'Ucapan Abdul Hadi tidak tepat, kelirukan orang ramai' - Nik Nazmi
Ucapan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang berkaitan isu pencen penjawat awam mengelirukan orang ramai, kata Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nik Nazmi Nik Ahmad.
'Kerajaan ibarat burung tiung, burung kakak tua' - Hadi Awang
Ahli Parlimen Marang itu turut melabel pemimpin di bawah kerajaan sebagai burung kakak tua dan menurutnya, walaupun tua tetapi tidak tahu bercakap.
Abdul Hadi Awang beri kerjasama, polis ambil masa sejam rakam keterangan - Setiausaha Politik
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang hari ini telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis yang mengambil keterangan di Ibu Pejabat Pas di Jalan Raja Laut.
Polis rakam percakapan Abdul Hadi esok - KPN
Pegawai khas Abdul Hadi sudah memaklumkan keadaan kesihatan Ahli Parlimen Marang itu kepada polis dan menetapkan keterangan diambil esok.
Tahap kesihatan Abdul Hadi bertambah baik - Setiausaha Politik
Tahap kesihatan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang semakin baik dan beliau dapat meneruskan rutin mingguan menyampaikan kuliah dhuha di Masjid Rusila,pada Jumaat.
Jangan guna agama capai hasrat politik - Zahid
Ahmad Zahid berkata nasihat itu bukan ditujukan kepada individu dan pemimpin parti politik sahaja, sebaliknya juga kepada pemimpin dalam UMNO.